Wednesday 8 August 2012

RESEPI PIZZA MEGGI

Bismillahirrahmanirrahim..

 Sudah lama tidak mengupdatekan bicaraku di blog "Bicara Kehidupan", maklum la.. bz dengan keja sekarang nie. Jadi tak ada masa la.. nak update ceritaku disini, he3. Erm.. disini saya ingin berkongsikan resepi yang paling ringkas yang pernah saya belajar dari adik, setengah orang kata pizza meggi dan ada setengah orang kata matabak meggi. Ah! pada saya sama je resepinya cuma nama je lain-lain, hu3. Nak dijadikan ceritanya ramadhan ke-18 pada 7.8.2012, malam tu la.. buatnya pizza meggi kari pedas buatan saya. he3. 

 Bahan-bahannya ialah; 3 biji telur, meggi perisa kari (ikut suka hati nak beli perisa kari yang biasa ataupun yang pedas punya), sayur campur dan sosej. 

 Cara-caranya pula ialah; pecahkan 3 biji telur tadi bersama perencah meggi kari pahtu kacau dengan rata, lepas tu masukkan air ke dalam periuk untuk didihkan meggi tu dalam beberapa minit pahtu panaskan kuali dan tuangkan minyak sedikit dan masukkan telur bersama perencah meggi pahtu masukkan sayur campur dan sosej sedikit untuk permulaan pertama dan masukkan pula meggi kari tadi diatasnya dengan rata dan masukkan sekali lagi sayur campur dan sosej sedikit ke atas meggi kari dengan ratanya dan balikkan telur tu andai kata sudah masak dibawahnya, jangan sampai hangus sudah. hu3. Haa.. bila dah masak, maka makan la.. pizza meggi tu dengan mulai bismillah. 

Sekian sahaja resepi yang paling simple nie, selamat mencuba. he3.

Friday 13 July 2012

LEPASKANLAH DIA AKAN TETAPI KEKALKANLAH KEBAIKAN

 

Ketika kamu MENCINTAI orang yang mampu MENGUBAH KAMU UNTUK KEBIKAN, 
cintailah dia ketika dia MENOLAK CINTAMU, 
lepaskanlah dia akan tetapi KEKALKANLAH KEBAIKAN,
agar Allah mempertemukan ORANG YANG LEBIH BAIK BUATMU.

BERSANGKA BAIK KUNCI SESUATU IKATAN

 

BERSANGKA BAIK kunci sesuatu IKATAN; 
jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita, 
kerana Allah faham akan isi hati kita,
jangan gusar jika ada yang menghakimi kita, 
kerana tiada hakim sebaik Allah.

IKHLASLAH!

 

Ikhlaslah! menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan, ibarat buih-buih laut. Bila-bila masa ia akan hilang.

RESAP SAKIT JIWA

 
  
"Hendaklah mengambil beberapa buah AKAR KEIKHLASAN, DAUN-DAUN KESABARAN, dan PERSAAN KERENDAHAN HATI. Letakkan semua dalam WADAH KETAQWAAN, lalu tuangkan ke dalam CAIRAN RASA TAKUT, kemudian aduk dengan API KESEDIHAN. Saringlah dengan saringan KEWASPADAAN dan kemudian ambil ramuan itu dengan TANGAN KEJUJURAN , lalu minumlah dari GELAS ISTIGHFAR yang telah di campurkan dengan AIR KESOLEHAN. Sesudah itu jauhkan diri dari RAKUS dan SERAKAH, Insya'Allah! dengan izin Allah Ta'ala akan sembuh dari PENYAKIT JIWA."

Aamiin Yaa Rabb...

APABILA SEORANG PEREMPUAN...

 

Daripada Anas, Nabi Sallallahu'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud; "Apabila seorang perempuan mendirikan SEMBAHYANG LIMA WAKTU, BERPUASA SEBULAN (RAMADHAN), MENJAGA KEHORMATAN dan TAAT KEPADA SUAMI. Dia akan disuruh memasuki Syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad).

HIDUP INI INDAH JIKA KITA TAHU MENGHARGAINYA

 

Hidup ini indah, 
jika kita tahu menghargainya.