Friday 13 July 2012

LEPASKANLAH DIA AKAN TETAPI KEKALKANLAH KEBAIKAN

 

Ketika kamu MENCINTAI orang yang mampu MENGUBAH KAMU UNTUK KEBIKAN, 
cintailah dia ketika dia MENOLAK CINTAMU, 
lepaskanlah dia akan tetapi KEKALKANLAH KEBAIKAN,
agar Allah mempertemukan ORANG YANG LEBIH BAIK BUATMU.

BERSANGKA BAIK KUNCI SESUATU IKATAN

 

BERSANGKA BAIK kunci sesuatu IKATAN; 
jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita, 
kerana Allah faham akan isi hati kita,
jangan gusar jika ada yang menghakimi kita, 
kerana tiada hakim sebaik Allah.

IKHLASLAH!

 

Ikhlaslah! menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan, ibarat buih-buih laut. Bila-bila masa ia akan hilang.

RESAP SAKIT JIWA

 
  
"Hendaklah mengambil beberapa buah AKAR KEIKHLASAN, DAUN-DAUN KESABARAN, dan PERSAAN KERENDAHAN HATI. Letakkan semua dalam WADAH KETAQWAAN, lalu tuangkan ke dalam CAIRAN RASA TAKUT, kemudian aduk dengan API KESEDIHAN. Saringlah dengan saringan KEWASPADAAN dan kemudian ambil ramuan itu dengan TANGAN KEJUJURAN , lalu minumlah dari GELAS ISTIGHFAR yang telah di campurkan dengan AIR KESOLEHAN. Sesudah itu jauhkan diri dari RAKUS dan SERAKAH, Insya'Allah! dengan izin Allah Ta'ala akan sembuh dari PENYAKIT JIWA."

Aamiin Yaa Rabb...

APABILA SEORANG PEREMPUAN...

 

Daripada Anas, Nabi Sallallahu'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud; "Apabila seorang perempuan mendirikan SEMBAHYANG LIMA WAKTU, BERPUASA SEBULAN (RAMADHAN), MENJAGA KEHORMATAN dan TAAT KEPADA SUAMI. Dia akan disuruh memasuki Syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad).

HIDUP INI INDAH JIKA KITA TAHU MENGHARGAINYA

 

Hidup ini indah, 
jika kita tahu menghargainya.

UNGKAPAN MAAF

 

Ungkapan MAAF... 
mampu MENYEJUKKAN HATI yang sedang panas,
mampu MENDAMAIKAN JIWA yang sedang resah gelisah, 
mampu MENGHILANGKAN segala rasa tidak puas hati, 
mampu hilang dengan hanya MEMAAFKAN.

JANGAN RESAH ANDAI YANG MEMBENCIMU TAPI RESAHLAH ANDAI ALLAH MEMBENCIMU

''Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintai mu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membenci mu, kerana tiada lagi yang mencintai mu di akhirat.''

KESEMPURNAAN AKAN MERASAI ANDAI ADA YANG TAHU BERSYUKUR

 

"Kesempurnaan itu tidak pernah dimiliki, 
kerana jika di anugerahkan KESEMPURNAAN, 
manusia akan jadi LUPA DIRI, 
tetapi rasa sempurna itu akan dapat dirasai dalam hati setiap manusia yang tahu BERSYUKUR.''

LELAKI YANG MENJADI IGAUAN WANITA

 
Lelaki yang BAIK - boleh bimbing wanita ke jalan-Nya
Lelaki yang COMEL - berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid
Lelaki yang SWEET - selalu bercakap dengan nada yang rendah
Lelaki yang ROMANTIK - menghadiahkan sebuah doa setiap hari
Lelaki yang CHARMING - mengingatkan si dia tentang ibadat

P/S; "Itulah LELAKI yang menjadi igauan WANITA.''

JIKA KITA...

 

Jika kita MARAH pada seseorang, 
jangan sampai tidak nampak lagi KEBAIKKANNYA. 
DAN
 Jika kita SUKA pada seseorang, 
jangan sampai kita tidak nampak KELEMAHANNYA.

SERAHKAN CINTA DAN RINDUMU ITU PADA-NYA

 

Sebenarnya, kepada siapa kita harus mencintai?
kepada siapa kita mesti merindu?
mungkin ada antara kita yang bertanya-tanya.
adakah kepada kekasih hati?
atau kepada si dia yang sentiasa diingati?
oh! bukan, bukan...

Cinta dan rindu sewajarnya diserahkan kepada Allah,
ini bukanlah sesuatu yang janggal,
jesteru sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya mencintai dan merindui Allah.

5 PESANAN BUATMU WAHAI DIRI

 1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.

4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.

5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM dan BERLALU PERGI.

BUKAN KERANA...

 Bukan kerana hari ini INDAH kita BAHAGIA,
tapi kerana kita BAHAGIA,
hari ini menjadi INDAH.

Bukan kerana tidak ada RINTANGAN kita menjadi OPTIMIS,
tapi kerana kita OPTIMIS,
RINTANGAN menjadi tidak terasa.

Bukan kerana MUDAH kita YAKIN BOLEH,
tapi kerana kita YAKIN BOLEH,
maka semuanya menjadi MUDAH.

Bukan kerana semua BAIK kita TERSENYUM,
tapi kerana kita TERSENYUM,
maka semua menjadi BAIK.

Tidak ada hari yang menyulitkan,
kecuali kita SENDIRI yang membuatnya SULIT.

WAHAI DIRI YANG LUPA

 Wahai hati yang sedang merintih,
wahai hati yang sedang merana,
wahai hati yang sedang meratap hiba,
wahai hati yang sedang berduka,
jangan bersedih,
selepas kesusahan ada kesenangan.

Wahai mata yang basah,
wahai mata yang mengalirkan airmata,
wahai mata yang sedang menangisi nasib,
wahai mata yang menahan siksa,
usah menangis,
Allah sentiasa ada untukmu.

Wahai diri yang lemah,
wahai diri yang suka memberi alasan,
wahai diri yang lalai,
wahai diri yang sombong lagi bongkak,
wahai diri yang bermalas-malasan,
wahai diri yang terlalu cintakan dunia.


Wahai diri yang lupa janji-janji Tuhan-Nya,
wahai diri yang lupa mengumpul amal,
wahai diri yang lupa Syurga dan Neraka,
wahai diri yang lupa siapa Tuhan-Nya,
wahai diri yang lupa dirinya cuma hamba.

Sedarlah,
usia kian singkat,
mati kian mendekat.