Tuesday 28 February 2012

YA ALLAH..."

Ya Allah...
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu.

Ya Allah...
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya,
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah...
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang,
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana...
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati...
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang,
yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah...
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku,
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah...
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat,
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah...
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang,
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah...
jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki,
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah...
engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu,
kukuhkanlah Ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya.

Tunjukilah jalan-jalannya,
penuhilah hati-hati ini,
dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar,
lapangkanlah dada-dada,
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan,
bertawakal di jalan-Mu.

REDHA

Andai kamu BERUSAHA mencari REDHA manusia, jiwa kamu resah tidak sudah. Berusahalah untuk REDHA ALLAH, sungguh DIA sentiasa bersamamu dan jiwa kamu pasti ada SAKINAH. "Barangsiapa yang REDHA terhadap apa yang menjadi SURATAN hidupnya, maka jiwanya akan menjadi TENANG menerima hal itu, dan Allah pun akan memberkatinya. Tetapi barangsiapa yang tidak redha, maka PANDANGANNYA menjadi SEMPIT dan ALLAH juga tidak memberkatinya”. (Hassan Al Bashri).

DIUJI SUPAYA MENJADI BAIK

Orang kata, semakin banyak kau beriman..
"Kau akan diuji terus bertubi-tubi..”
Orang kata , semakin banyak kau berbuat baik..
"Kau akan terus berdepan dengan masalah..”
Ini semua benar, menjadi orang yang baik bukan senang..
Sebab itu, ia terus "Diuji supaya menjadi baik.."

KENAPA PEREMPUAN MENANGIS


01. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

02. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

04. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

06. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.

BILA HATI

Bila hati sudah gundah
bila hati sudah resah
bila hati sudah lemas
maka semua akan terasa pahit

Bila noda telah meresap di hati
jangan menyerah kalah untuk menyucikan hati
bila noda hitam bak awan menggunung
mari bersihkan dengan putihnya kasih Sang Pencipta

Bila hati ingin bersih
maka buanglah semua noda dan kekotoran yang menimpa
bila hati ingin bersih
terimalah dengan ikhlas apa yang ada
berusahalah dengan jalan yang di redhai
berikhtiarlah bukan hanya kepasrahan

Bila hati ingin bersih
bersegeralah laksanakan
jangan kita menunggu
jangan kita menanti
hingga ajal datang menjemput
Kelak sesal kemudian tiada gunanya

RINDU SEORANG TEMAN




Tika senja menjemput malam
Naluri ini dibayangi rasa rindu
Rindu akan kenangan semalam

Kegembiraan dan kepahitan
Lumrah hidup semua insan
Ada masa suka
Ada masa duka
Kegembiraan disusuli kesyukuran
Inayat dari tuhan dipohonkan
Kepahitan mengajar erti kedewasaan
Dalam merentasi pentas kehidupan

Pabila rindu bertukar benci
Jiwa ini semakin kekosongan
Kehadiran seorang insan
Menjadi pengubat kebencian

Kini
Kukenal erti persahabatan
Kukenal erti sebuah kasih sayang
Kukenal jua erti kerinduan
Rindu menjemput jiwaku kembali merindu
Rindu pada ketenangan
Rindu pada seorang teman
Rindu menjadikanku pengemis
Mengemis rindu yang tiada kesudahan

SAYA BELAJAR

Saya belajar sabar dari sebuah kemarahan,
saya belajar mengalah dari sebuah keegoisan,
saya belajar tegar dari kehilangan,
sepi bukan bererti hilang,
diam bukan bererti lupa,
jika awak tidak punya waktu untuk saya,
saya akan mengerti,
jika awak belum bisa lepas darinya,
saya akan mengerti,
tetapi jika suatu hari nanti saya berhenti mencintai awak,
itulah giliran awak untuk mengerti.

WAHAI LELAKI

WAHAI LELAKI, jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu :

• Bawalah dia ke jalan Allah
• Nasihatilah dia
• Perbetulkan kesilapannya
• Jagalah dia dengan baik
• Kasihanilah dia
• Lindungilah dia
• Berilah kasih sayang padanya
• Hargailah dia
• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
• Bersabar dengannya
• Terimalah dan cintailah kekurangannya
• Jadi IMAM terbaik dan redhalah padanya

P/S; "moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu, amiin'.

APABILA BANGUN TIDUR

Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri; “Kenapa Allah hidupkan aku pada hari ini?” Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali; “Kerana dosaku terlalu banyak. Allah izinkan aku untuk bertaubat."

YANG BAIK AKHLAKNYA

"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu ialah yang baik akhlaknya". (HR Al-Bukhari & Muslim).

Monday 27 February 2012

ERTI PERSAHABATAN

Hargailah ikatan persahabatan yang sudah terbentuk dihadapanmu, hargailah pengorbanan dan keikhlasan mereka yang sanggup menerima dirimu dalam ruangan hidup mereka. Bersahabat itu bukan untuk menyusahkan tetapi untuk membantu dan mewarnai hidup kita, luahkan isi hatimu dan permasalahanmu untuk didengari oleh mereka. Insya'ALLAH! mungkin dalam beribu ada sekurang-kurangnya satu yang akan setia membantumu, mereka yang berada disekelilingmu bukannya siapa tetapi hanya manusia biasa sepertimu yang dahagakan keikhlasan kejujuran hatimu walaupun adakalanya diri sendiri yang terluka.

Bersyukur saat-saat kita dirundum masalah bahkan hati tidak tenteram, muncul sahabat yang memberi sentuhan persahabatan. Ibarat dapat membaca galau di hati ini. Masalah itu pelbagai, akan tetapi apabila sebuah persahabatan diganggu gugat itu lebih menyakitkan. Entah di mana silapnya, termenung panjang.

Hati manusia biasa mudah terluka bila putus cinta, tapi hati manusia luar biasa, berjuang di jalan Allah, sarat dengan cinta pada Allah, sahabat itu juga permata dan kekasih hati. Sahabat antara' puzzle' yang melengkapkan kehidupan manusia, setiap sesuatu ada ujiannya. tatkala hati terluka kerana sahabat, jangan dibiarkan syaitan membisikkan keretakan. Kita harus bijak mendidik emosi, beri masa pada diri dan beri masa pada sahabatmu.

Kita mungkin sesekali terluka,bahkan mungkin berkali-kali.terluka dalam ajakan dakwah, terluka dalam meneruskan agenda tarbiyah bahkan terluka dalam menjaga sebuah ukhwah. Ukhwah yang selama ini digambarkan ceria tiba-tiba beransur mendung, sepi seketika. Ini baru satu dua ujian buatmu wahai pembawa agam, bukan semuanya berita sedih dan duka.

Ketahuilah diri kita dan sahabat kita tidak sama. ada ruang, dia perlu bersendiri. ada ketika, individu lain dijadikan luahan hati. ada ketika, dia datang minta dinasihati. Ada masa dia jadi emosi, pelbagai ragam sungguh sebuah persahabatan ini.

Lukanya hatimu saat ini adalah kerana cintamu padanya kerana Allah, sama-sama ingin ke Syurga sama-sama ingin menjauhi panasnya luka api neraka. Bagi dirimu yang terluka, rawatilah. Luka itu akan sembuh semula, kepada Allah kita mengadu cerita. Moga ketenangan buat diriku, sahabatku dan kepada yang membaca. Jangan pernah serik mengajak manusia pada kebaikan, jangan pernah serik dengan hubungan persahabatan. Buatlah sesiapa saja disisimu tersenyum walau dirimu sendiri yang terluka, kerana ada Allah untukmu yang akan merawat luka itu. Insya'ALLAH.


ERTI PERSAHABATAN
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendiri dan kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita, kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya dan kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan, jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu, tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah! terima kasih pada semua sahabat dan sahabiahku, maafkanlah diriku andai ada kata-kata yang melukai hati-hati kamu selama ukhwah kita terjalin disini.




Sahabat
masihkah dikau ingat
muqadimah perhubungan ini
terbinanya tanpa coretan kata
pada helaian warkah
bukan pada titik pertermuan
akan tetapi
kemuliaan kalimah salam kuutuskan
sejarah kehidupan jadi perantaraan
tersimpan diruang memori
bukti laluan persahabatan
terjalin dalam simpulan persahabatan

Sahabat
kini kumasih berjalan
dipentas hakiki persahabatan ini
merentasi detik-detik tiba
kadang membawaku ke lorong lamunan
pabila jiwaku disinggah kesepian
menemani bersendirian

Sahabat
andai wadah persahabatan ini
kalamku merangkai dusta
langkah ku mencalar luka
bisikkan hasad merobek hatimu
susunan jari kuhulurkan
salam kemaafan kuluahkan

Sahabat
tiada lagi harapan sebesar gunung
tiada rindu untuk kulayarkan
melainkan untuk persahabatan ini
bagai air mengalir
tiada perhentian






Sumber,
azita_idris79

SEBAIK-BAIK WANITA

Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan; "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang, jangan merasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bila kau berasa bangga, menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai yang boleh dipijak dan dimiliki siapa saja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa setanding mutiara Zabarjad yang hanya mampu dimiliki penghuni Syurga."

15 MUSUH IBLIS

1. Muhammad Rasulullah s.a.w2. Imam dan pemimpin yang adil
3. Orang kaya yang merendah diri
4. Pedagang yang jujur dan amanah
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat
7. Orang Mukmin yang berkasih sayang.
8. Orang yang sentiasa dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri daripada segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan menderma
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya
13. Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang
14. Orang yang hafal Al-Quran serta selalu membacanya
15. Orang yang berdiri melakukan solat pada waktu malam sedang yang lain tidur

23 KELEBIHAN MEREKA YANG MENDAPAT ILMU ALLAH S.W.T

1- Belajar ilmu mendapat pahala
2- Mencari ilmu adalah ibadah
3- Mengingati ilmu menyamai tasbih dan beribadat malam
4- Menyelidik ilmu menyamai jihad
5- Mengajar ilmu menyamai sedekah
6- Memberi ilmu mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan meninggikan martabat di dalam Syurga
7- Menjadi sahabat ketika kesunyian
8- Menunjuk jalan kepada kesenangan
9- Penolong ketika menghadapi kesukaran
10- Memberi keindahan di tengah sahabat-sahabat
11- Senjata dalam menghadapi musuh
12- Meninggikan martabat sesuatu kaum
13- Menjadikan insan pilihan Para Malaikat
14- Mendapat doa dari semua makhluk di bumi dan di laut
15- Dapat menghidup hati yang mati
16- Menjadi pelita kepada kegelapan
17- Memberi kekuatan kepada yang lemah
18- Meninggikan darjat di dunia dan Akhirat
19- Memerhati ilmu menyamai puasa
20- Menyambung hubungan Silatul Rahim
21-Dapat membezakan yang halal dan yang haram
22- Orang yang mendapat ilmu daripada Allah s.w.t akan bahagia dalam hidup
23- Orang yang tidak mendapat ilmu daripada Allah s.w.t kehidupannya akan celaka dan rugi

5 PESANAN BUATMU WAHAI DIRI

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau
MENYAMPAIKAN ILMU.

4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.

5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM DAN BERLALU PERGI.

KEBESARAN AL-QURAN

Al-Quran panduan penunjuk jalan
Sunnah Rasul penerang kegelapan
Untuk kita sampai kepada Allah

Al-Quran boleh menenangkan hati
Dan melapangkan jiwa
Elok dibaca dengan adabnya dan difahami
Jika tidak, bukan saja tidak dapat pahala
Berdosa pula

Bila Al-Quran mekar di hati
Dan sunnahnya mengawal peribadi
Pasti hidup kan dirahmati
Di dunia dan akhirat

Al-Quran mengandungi hikmah
Dengan keberkatannya
Sunnah Rasul jadi ikutan
Jadi amalan dalam kehidupan
Tenang jiwa hidup bahagia
Itulah jaminan-Nya

DETK KEMATIAN

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya Allah yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari Allah kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

SABAR HADAPI UJIAN BUKTI INSAN BERIMAN

MENGUNGKAP perkataan sabar, tenang, jangan marah, jangan ikut hati, jangan gopoh dan reda kepada orang lain memang mudah. Itulah kata-kata azimat sebagai tanda simpati dan nasihat kepada individu berdepan musibah atau keadaan memerlukan kesabaran untuk menghadapinya.

Namun, ternyata amat payah untuk diri sendiri mengamalkan sikap sabar. Ketika menghadapi musibah atau keadaan yang mengatasi daya ketahanan fizikal dan mental, memang amat sukar untuk bersabar. Sebab itu, individu dalam keadaan sedemikian memerlukan sokongan emosi daripada orang lain.

Sabar bererti menahan diri ketika mengalami penderitaan, musibah, keadaan tidak diingini dan kegagalan. Sifat sabar juga diperlukan agar tidak mengikut kehendak hati atau perasaan mendorong melakukan perbuatan mendatangkan keburukan.

Tanda sabar juga ialah apabila sanggup melakukan perkara sukar demi untuk mendapat kebaikan. Istiqamah dan kesungguhan yang tinggi, serta sanggup menghadapi tempoh panjang dalam melakukan sesuatu tugas juga termasuk dalam erti sabar.

Dari sudut agama, sabar dikategorikan kepada tiga perkara.
  • Pertama, menahan diri daripada perkara disukai, tetapi dilarang oleh agama.
  • Kedua, menahan diri daripada keadaan tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi.
  • Manakala ketiga, dalam melakukan perintah Allah.

Sifat sabar amat dituntut dalam Islam. Banyak kebaikan diperoleh oleh mereka yang bersabar. Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan amalan hamba-Nya yang bersabar dengan diganjar kebaikan di dunia dan akhirat.

Banyak perbuatan disukai manusia tetapi ditegah oleh agama. Perbuatan itu tentunya mendatangkan keburukan jika dilakukan. Islam menetapkan peraturan hidup agar menjauhkan perbuatan mendatangkan keburukan.

Nafsu manusia mudah tertarik kepada perbuatan mendatangkan kepuasan sementara. Bisikan syaitan menyebabkan nafsu cenderung melakukan perbuatan yang ditegah. Individu yang tidak melakukan perbuatan itu akan terasa rugi, sedangkan orang lain menikmatinya dengan rasa puas.

Justeru, sifat sabar penting untuk menghalang diri turut terbabit perbuatan mendatangkan keburukan itu. Kesabaran dalam kategori ini ada manifestasi kepada tanda bertakwa, yakini takut melakukan perbuatan yang ditegah.

Bersabar dalam kategori kuat menghadapi musibah banyak situasinya. Perkara yang menyusahkan keadaan fizikal dan rohani kerap dihadapi silih berganti. Kematian, penyakit berbahaya, kerugian harta benda dan kejadian tidak menyenangkan mesti dihadapi dengan sabar.

Kesabaran menghadapi ujian dapat memberi ketenangan menerima ujian daripada Allah. Banyak kebaikan terselindung di sebalik sesuatu kejadian. Terimalah itu sebagai qada dan qadar ditentukan oleh Allah.

Namun, kita wajib berusaha mengelak daripada ditimpa perkara buruk. Melakukan tindakan pencegahan adalah sebahagian daripada usaha yang mendapat balasan kebaikan. Kita tidak boleh berserah kepada takdir semata-mata. Dikatakan takdir hanya selepas usaha dilakukan.

Musibah antara cara Allah menguji kesabaran hamba-Nya. Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155).

Individu memiliki iman yang teguh, nescaya tidak rasa keluh kesah menerima ujian Allah. Mereka tenang dan bersabar atas apa yang menimpa. Pada masa yang sama usaha untuk mendapat kebaikan diteruskan tanpa jemu.

Dari situ, Allah memberi balasan yang lebih baik. Bahkan, banyak individu yang bersyukur menyatakan kebaikan diperoleh hasil usaha selepas pernah menerima musibah sebelumnya.

Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami akan membalas orang yang sabar dengan memberikan pahala lebih baik daripada apa dikerjakan oleh mereka.” (Surah an-Nahl, ayat 96).

Orang sabar sentiasa mendekatkan dirinya di sisi Allah. Iman dan takwanya semakin teguh. Hatinya tabah berserah kepada Allah. Dalam hatinya tetap beriktikad dan yakin bahawa apapun yang dialaminya tidak sekali-kali menyebabkan dia menyekutukan Allah.

Individu bersabar tetap memohon pertolongan dan doa kepada Allah, tanpa sedikit berpaling mencari pertolongan kepada lain. Hal demikian tidak sia-sia kerana sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang sabar.

Segala apa terjadi ketentuan daripada Allah. Hamba bertakwa sentiasa melakukan perkara disuruh dan menjauhkan apa dilarang.

Sesungguhnya Allah menggantikan sabar dan takwa dengan pertolongan tidak disangka-sangka. Sesuatu keburukan mungkin berlaku akan digantikan oleh Allah dengan kebaikan atas sifat rahmat-Nya.

Kategori sabar dan tekun melakukan sesuatu tugas juga penting dijadikan amalan. Kebanyakan usaha memerlukan masa yang lama, baru mencapai apa diingini. Kesabaran amat perlu ketika berdepan dengan kegagalan. Ia dapat mengelak diri daripada berputus asa dan tidak mahu meneruskan perjuangan.

Individu yang bersabar menerima setiap kegagalan sebagai satu cabaran untuk berusaha lebih gigih. Sikap itu membuka peluang untuk berjaya dengan lebih cemerlang. Usaha untuk berjaya dilakukan dengan fikiran lapang dan lebih berhemah.

Mengapa mesti marah dengan kegagalan? Sepatutnya kegagalan dijadikan perangsang untuk berusaha lebih gigih secara konsisten. Kejayaan hasil usaha lama dan menghadapi kesukaran lebih bermakna dan dihargai.

Kejayaan tokoh ternama dalam bidang masing-masing dicapai hasil daripada sikap sabar dan tekun dalam usaha yang dilakukan. Mereka terpaksa menghabiskan masa dan tenaga untuk mencapai apa dihajati.

Individu yang tidak bersabar sesungguhnya menjadi rakan syaitan yang sering mencetuskan kerosakan dengan api kemarahan. Syaitan menggalakkan sikap tidak sabar untuk merosakkan kehidupan manusia.

Oleh : Lokman Ismail

JODOH OH JODOH

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita:

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat istikharah dan tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya'allah dengan izinnya kita mendapat petunjuk-Nya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada-Nya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

ALHAMDULILLAH! SYUKUR DENGAN NIKMAT YANG KAU BERIKAN PADAKU

Bismillahirrahmanirrahim..
Semalam lagi tak sihat tapi tetap sabar je, mungkin banyak berfikir dan termenung kut sejak kebelakangan nie. Pagi tadi tak dapat teman kawan yang berjanji semalam sebab tak larat sangat tika tu, saya harap dia memahami saya. Apapun ujian yang Allah berikan, saya rela dan terima kerana disebaliknya ada hikmah. Makin kita diuji oleh-Nya, maka kita dekatkan diri kita pada-Nya. Dia lebih Mengetahui apa yang Allah lakukan pada hamba-Nya, jadi perbanyakkanlah berdoa dan perdekatkan lagi diri kita pada-Nya. Insya'ALLAH! Dia akan mengembalikan keceriaan kita semula, mudah-mudahan doa kita sentiasa diberkati.

Alhamdulillah! petang tadi kawan ajak keluar untuk ke Pangkalan Kubor, beli barang sikit kat sana. Saya keluar nie pun tika ada urusan je, bukan keluar sesuka hati. Maklumlah suka terperak kat rumah, sampai orang tanya mana; "Kak Nurul?" dan emak pula yang menjawab; "ada dalam rumah duk buat kerja rumah, ada ketikanya duk dalam bilik buat kerja ngadap laptop". Itulah kerja saya kat rumah, bila selesai memasak, mengemas dan barulah saya dapat menggunakan masa untuk berehat dengan mengadap laptop. Selalunya ngadap laptop dengan lagu je, terutama lagu nasyid dan bacaan Al-Quran yang membuatkan saya hilang stress. Kekadang saya lebih suka mengaji Al-Quran dan solat hajat ataupun solat istikharah, tenang je rasa hati nie bila dapat melakukan semua tu kerana Allah.

Erm..." buka FB pun dah rasa bosan dah sekarang nie, harapkan online je tapi dah jarang sangat nak menggunakan untuk berborak dalam tu. Kekadang lebih suka buat "Hide Chat" dari "ON" tapi kekadang tu juga lebih suka ngadap Blog, mungkin nie hanya sekadar hobi saya untuk hilang rasa bosan. Syukur alhamdulillah! sebab saya masih menolong emak saya yang sedang sarat mengandung sekarang, lepas nie kenalah jadi ngasuh pula. Kalau boleh nak kerja tempat yang lama je tapi kasihan kat emak tapi apa boleh buat nie dikira tanggungjawab saya juga sebagai "Kak Long". Mungkin saya tak ada rezeki lagi untuk bekerja buat sementara nie, biarlah jaga emak dari tinggal emak seseorang.

Erm..." terlebih cerita kisah hidup saya pula, maaflah! saya menaip nie ikut je apa yang hati kata, kalau soal hati nie saya akan pendam je walaupun saya suka pada seseorang mahupun dalam kesedihan dalam bercinta kerana cinta Allah lebih Agung lagi pada saya.

Oh yer, saya nak sambung kisah petang tadi. he3. Lepas pergi Pangkalan Kubor, jadi singgahlah kejap makan ABC dan lepas tu pula pergi jejalan kat rumah kawan bapa saudara kawan saya. Tik! Tik! kena makan lagi, spageti berkuah ala-ala laksa gitu kali. ha3. Alhamdulillah! rezeki saya dan kekawan saya, makan jelah kalau orang dah jemput. Apapun hari nie saya gembira dengan lawak jenaka kekawan saya tadi dan diri nie pun rasa sihat sikit, dari sebelum nie yang rasa tak larat sesangat. Saya bersyukur sangat sebab masih ada lagi yang menyayangi saya, sayang kat Lisa dan Ana yang buatkan saya ceria hari nie. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! syukur dengan nikmat yang Kau berikan padaku ya Allah, hanya cinta Kau sahaja yang ada dihatiku sekarang.


Sunday 26 February 2012

JIKA AKHLAKNYA CANTIK

Jika akhlaknya cantik,
maka cantiklah juga tutur katanya,
Jika akhlaknya cantik,
maka cantiklah juga pergaulannya,
Jika akhlaknya cantik,
maka cantiklah juga ilmu miliknya,
Jika akhlaknya cantik,
maka cantiklah akan cantik hatinya,
Jika akhlaknya cantik,
maka di sisi Allah tinggi darjatnya,
Jika akhlaknya cantik,
maka akan disukai oleh sahabatnya.

23 KELEBIHAN MEREKA YANG MENDAPAT ILMU ALLAH S.W.T

1- Belajar ilmu mendapat pahala
2- Mencari ilmu adalah ibadah
3- Mengingati ilmu menyamai tasbih dan beribadat malam
4- Menyelidik ilmu menyamai jihad
5- Mengajar ilmu menyamai sedekah
6- Memberi ilmu mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meninggikan martabat di dalam Syurga
7- Menjadi sahabat ketika kesunyian
8- Menunjuk jalan kepada kesenangan
9- Penolong ketika menghadapi kesukaran
10- Memberi keindahan di tengah sahabat-sahabat
11- Senjata dalam menghadapi musuh
12- Meninggikan martabat sesuatu kaum
13- Menjadikan insan pilihan Para Malaikat
14- Mendapat doa dari semua makhluk di bumi dan di laut
15- Dapat menghidup hati yang mati
16- Menjadi pelita kepada kegelapan
17- Memberi kekuatan kepada yang lemah
18- Meninggikan darjat di dunia dan Akhirat
19- Memerhati ilmu menyamai puasa
20- Menyambung hubungan Silatul Rahim
21-Dapat membezakan yang halal dan yang haram
22- Orang yang mendapat ilmu daripada Allah SWT akan bahagia dalam hidup
23- Orang yang tidak mendapat ilmu daripada Allah SWT kehidupannya akan celaka dan rugi

9 CIRI-CIRI YANG MENJADI IDAMAN LELAKI

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah:

1. Berpegang kepada agama
  • Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan dalaman
  • Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
  • Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
  • Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai menjaga kecantikan
  • Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak mulia
  • Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah, wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak mempamer keseksian
  • Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak cerewet
  • Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet, mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami lelaki
  • Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat, lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk mata memandang
  • Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki, ciri-ciri wanita sejuk mata memandang seperti di bawa ini:
– Bersopan satun
– Sentiasa memaniskan wajah
– Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
– Menutup aurat
– Ramah dan mesra
– Tidak terlalu cemburu
– Menghormati orang lain

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi. Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-Nya, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri.

AYAT KURSI

Ayat kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah dan pada setiap orang yang mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.

DUNIA TANPA CINTANYA

Andai dunia tanpa cintanya
Gelaplah hati gelaplah jiwa
Andaikan hidup tanpa rahmat-Nya
Banyaklah wajah bagai melata

Sunyinya hidup bila tanpa-Nya
Resah gelisah tak kunjung reda
Hitamnya hati hitamnya wajah
Segala di mata menyesatkannya

Allahu Allah mohon ampun-Mu
Bimbinglah kami jadi hamba-Mu
Tumbuhkan cinta pada jalan-Mu
Mudahkan semua dengan rahmat-Mu

Bila usia sampai waktunya
khusnul khotimah harapan jiwa
Selamat dunia selamat dikuburnya
Selamat kuburnya selamat akhiratnya

Allahu Allah mohon ampun-Mu
Bimbinglah kami jadi hamba-Mu
Tumbuhkan cinta pada jalan-Mu
Mudahkan semua dengan rahmat-Mu

Allahu Allah Allah Ya Rabbi
Bimbinglah kami jadi hamba-Mu
Tumbuhkan cinta pada jalan-Mu
Mudahkan semua dengan rahmat-Mu
Mudahkan semua dengan rahmat-Mu

ALHAMDULILLAH! BERJALAN DENGAN LANCAR

Bismillahirrahmanirrahim..
Pepagi lagi dah keluar rumah selepas solat subuh terus otw ke krusus kahwin, ehem!!! jangan salah sangka dulu. Bukan saya yang pergi tapi adik kawan saya, kebetulan nak pergi pejabat pos dan pasar juga. Bila sampai di tempat krusus kahwin tu hati saya yang berdebar-debar, macam saya pula yang nak pergi. he3. Apapun tahun nie juga saya akan ambil krusus kahwin tu, mungkin dalam bulan 4 ataupun 5 sebab dengar khabar bulan 6 akan naik harga dan mungkin jadi 3 hari krusus kahwin tu. Saya nak ambil krusus kahwin awal-awal sebab takut nanti ada halangan lain je, bukan bermaksud nak kahwin cepat-cepat tau. he3. Erm..." bab kahwin nie kenalah bersungguh-sungguh, tak boleh pakat kahwin je tanpa tahu "untuk apa kita berkahwin" sebab banyak kes cerai berai yang saya perhatikan dikalangan masyarakat kita. Kekadang saya nie jadi takut nak fikir ke arah perkahwinan, ialah siapa jodoh saya nanti; adakah dia boleh bahagiakan saya; boleh ke dia pimpin saya ke Syurga; boleh ke dia bimbing saya di dunia nie untuk jadi orang baik, boleh ke dia didik anak-anak saya jadi anak yang soleh/solehah dan banyak lagi yang saya fikirkan. Erm... walau bagaimanapun jodoh yang Dia pilihkan untuk saya, akan saya terima dengan seikhlas dan seadanya tapi biarlah orang tu mencintai saya kerana cintakan Allah. Insya'ALLAH! mudah-mudahan Allah merestui hubungan tu bila dapat disatukan dan andainya dia mencintai saya kerana nafsu, maka saya akan meninggalkannya kerana Allah. Sampai masanya saya akan berkahwin juga andainya saya ada jodoh dan kalau tak ada jodoh sekalipun, kemungkinan jodoh saya di akhirat kelak. Insya'ALLAH!

Ha... dah habis dah bab pasal krusus kahwin tu, sekarang nie nak cerita pasal lain pula la... hu3. Kebetulan saudara-mara ada buat makan-makan sikit selepas zohor sampai asar tadi dan malam nie baca Al-Quran beramai-ramai untuk arwah Mak Long saya, alhamdulillah! berjalan dengan lancar.

Ntah! apa diborak pun tak tahu, hal budak-budak kali :D


Nie saya punya la... :p

Ini jelah yang mampu saya bicarakan, soal hati saya kena pendam sikit-sikit sebab saya tak mahu mengharapkan sangat. Kalau dia benar-benar sukakan saya, dia pasti bersungguh-sungguh untuk berjumpa kedua orang tua saya. Jika kedua orang tua saya menerimanya, maka saya akan menerimanya seikhlas dan seadanya kerana Allah. Insya'ALLAH!

AKAN KU JAGA DIRI INI UNTUK DIRIMU

Bismillahirrahmanirrahim..
Ketika rakan-rakan mula melangsungkan pertunangan dan perkahwinan, aku masih begini. Aku mencari kekuatan dari sebuah kekecewaan dan penantian supaya aku boleh menjadi yang terbaik buat pasanganku kelak, aku tak mahu bazirkan perasaan menyayangi insan yang salah lagi kerana hati dan perasaanku hanya untuk jodohku. Apa khabar agaknya dirimu, aku tahu Tuhan jaga dirimu untukku. Akan ku jaga diri ini untuk dirimu, insya'ALLAH!

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
 
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.
 
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
 
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya?

WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH S.A.W

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada'].
 
Pada masa itu Rasulullah SAW berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril AS dan berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
 
Setelah Malaikat Jibril AS pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah SAW pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril AS. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:
 
"Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna." Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."
 
Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah SAW melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata, "Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah SAW berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".
 
Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan. Sementara 'Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah SAW, 'Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda." Rasulullah SAW berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah SAW sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
 
Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah SAW?" Bilal ra. tidak menjawab perlanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.
 
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar dudukiah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah SAW oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah SAW" Lalu Rasultillah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah SAW" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SAW "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."
 
Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah SAW, siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga."
 
Apabila ajal Rasulullah SAW makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah SWT mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah SWT, kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril AS, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku."
 
Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah SAW anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam saja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."
 
Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW bermula. Dalam bulan safar Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah SAW diutus pada hari Senin dan wafat pada hari Senin. Pada hari Senin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah SAW. 
 
Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra., "Rasulullah SAW masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan baginda berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."
 
Setelah Bilal ra. sampai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah SAW katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
 
Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail AS, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."
Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." 
 
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah SAW berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah,"Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah SAW, "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril AS pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah SAW.
 
Apabila Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril AS, "Ya aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT" Berkata Jibril AS, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS, "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,
 
"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."
 
Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril AS mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau itu. 
 
Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril AS berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,
"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
 
Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa: "Malaikat Jibril AS telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."


Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
 
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
 
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
 
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
 
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
 
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
 
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain, maka dia adalah orang yang tertipu.
 
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
 
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
 
1. Mereka cinta kepada dunia tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah tetapi mereka lupa kepada kubur."

KISAH RASULULLAH BERBICARA TENTANG DAJJAL

Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.

Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik", tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada disamping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim".

Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet. Aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!.

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?", jawab Rasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin.

Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan.

Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; "Keluarkan perbendaharaanmu!" maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.

Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa.

Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut.

Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. "Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit", lalu Allah Taala mengeluarkan Ya'juj dan Ma'juj.

Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; "Sesungguhnya dahulu ada air di sini". Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).

Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya.

Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t.

Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; "Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!"

Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat.

Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.

Dipetik dari buku "Himpunan Cerita-Cerita Wanita dan Laki-Laki Dalam Al-Quran dan Hadis", Jilid 1, masa. 52. © Hakcipta Terpelihara 1991, Syarikat Nurulhas.

KISAH DAJJAL (PART 2)

Fitnah Dajjal
Sabda Rasulullah s.a.w: "Dan di antara fitnahnya iaitu fitnah dajjal ialah ia akan berkata kepada orang-orang Arab kampung, 'Bagaimana pendapatmu jika aku membangkitkan ayahmu dan ibumu, apakah kamu mahu bersaksi bahawa aku adalah Tuhanmu?' Dia manjawab: 'Ya.' Kemudian dua syaitan yang menyerupakan diri dengan ayahnya dan ibunya, lantas keduanya berkata: 'Wahai anakku, ikutilah dia sesungguhnya dia adalah Tuhanmu." (HR Ibn Majah).

Dajjal adalah pembawa fitnah yang paling besar di antara fitnah-fitnah yang ada sejak Allah menciptakan Adam hinggalah ke hari kiamat. Antara fitnahnya lagi ialah dajjal memiliki syurga dan neraka padahal hakikatnya syurga tersebut adalah neraka dan neraka itu adalah syurga. Dajjal mempunyai sungai-sungai air dan gunung-gunung roti. Dia memerintahkan langit untuk menurunkan hujan lantas turunlah hujan tersebut. Dia memerintahkan bumi menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dengan segala hasilnya. Dia dapat melintasi bumi dari satu tempat ke tempat lain dengan sepantas yang luar biasa bagaikan hujan yang ditiup angin kencang. (Peristiwa menjelang kiamat Tanda-tanda Besar, Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil Ma,hlm 83,Al-Hidayah).

Dalam hadis Nawwas bin Sam'an r.a. bahawa para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai dajjal: "Wahai Rasulullah, berapa lamakah ia tinggal di bumi?" Baginda menjawab: "Selama empat puluh hari, sehari seperti setahun, sehari lagi seperti sebulan, dan sehari lagi seperti sejumaat dan hari-hari lainnya seperti hari-harimu (seperti biasa)." Mereka bertanya: "Bagaimanakah kecepatan bumi?" Baginda menjawab: "Seperti hujan ditiup angin kencang." Lalu ia mendatangi suatu kaum dan diajaknya kaum itu,kemudian mereka mempercayainya dan memenuhi seruannya. (HR Muslim).

Perlindungan dari Fitnah Dajjal
Nabi-nabi sekaliannya telah memperingatkan umatnya akan fitnah-fitnah dajjal. Telah disampaikan kepada kita bagaimana ciri-ciri dajjal dan fitnah-fintah yang dibawanya adalah untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. ini sentiasa waspada terhadap dajjal kerana munculnya dajjal ini adalah pada zaman umat Nabi Muhammad s.a.w. kerana nabi Muhammad adalah penutup para Nabi. Hendaklah kita memohon perlindungan daripada Allah dari fitnah dajjal ini. Cara-cara memohon perlindungan adalah:

1. Berpegang teguh dengan agama Islam dan bersenjatakan iman dan mengenal nama-nama dan sifat-sifat Allah yang tidak bersekutu padanya dengan seorangpun sehinggalah ia mengetahui bahawa Dajjal adalah makhluk biasa yang makan dan minum sedangkan Allah maha suci dari semua itu.

2. Memohon perlindungan ketika tahiyyat terakhir sebelum salam dengan membaca doa berikut:

اللَّهُمَّ اِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَاْبِ جَهَنَّمْ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاْتِ ومِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّال
"Ya Allah, aku memohon perlindungan dari azab jahannam dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan mati dan dari seburuk-buruk fitnah al-Masih ad-Dajjal." [HR Muslim dari Abu Hurairah r.a.]


3. Menghafal atau membaca 10 ayat awal surah al-Kahfi atau 10 ayat terakhir surah al-Kahfi. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim kitab al-Fitan, Bab Zikr ad-Dajjal. Antara keistimewaan surah al-Kahfi adalah sebagaimana sabda Nabi s.a.w. daripada Abi Sa'id al-Khudri r.a: "Sesungguhnya orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka diberi cahaya untuknya di antara dua Jumaat (jumaat ini dan jumaat depan)." [Hadis riwayat al-Hakim, Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Jami' Shaghir]

4. Jika telah muncul Dajjal, hendaklah ia bersembunyi dan adalah lebih baik menetap di Mekah dan Madinah kerana Dajjal tidak akan dapat memasuki Kota ini dan Masjid-masjid yang telah di sebutkan sebelum ini [rujuk bhgn 1]. Sabda Nabi: "Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. Demi Allah ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang menyertainya." [HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim]

Matinya Dajjal
Matinya Dajjal adalah ditangan Nabi Isa 'Alaihissalam. Ketika Nabi Isa turun, sedang Dajjal ketika itu berada di sekitar Baitul Maqdis kemudian Nabi Isa bertemu dengannya di pintu Lud (menurut pendapat: nama tempat yang berada di lapangan terbang di israel sekarang). Pada waktu Dajjal melihat Isa, lantas Isa menjadi cair seperti garam yang larut di dalam air, kemudian berkata kepada Dajjal: "Saya akan memukul engkau dan engkau tidak akan dapat lari dariku." Kemudian Isa mengejarnya dan membunuhnya lantas berlarian pengikut-pengikut Dajjal kerana dikejar oleh orang-orang mukmin sehingga pokok-pokok ketika itu berbicara: "Wahai orang muslim, wahai hamba Allah! ini dia orang yahudi di belakangku! Kemarilah bunuhlah dia!" [Kisah ini ada di dalam An-Nihayah fil-Fitan Wal Malahim juga sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad; Rujuk Peristiwa Menjelang Kiamat, hlm 110-114]

Dengan Matinya Dajjal, maka berakhirlah fitnah terbesar itu dan Allah menyelamatkan orang-orang beriman.