Saturday 31 March 2012

ANAK

Anak…
Kaulah ratu hati ibu bapa
Kaulah penyambung zuriat mereka
Dari segumpal darah ia bermula
Hasil perhubungan sebuah bahtera cinta

Anak…
Kelak dirimu besar dewasa
Jangan dilupa ibu dan bapa
Walau dianggap Quran buruk seadanya
Jasa mereka ternilai tiada

Anak…
Derhaka usah diuji sekala
Kelak dirimu ditempelak kemurkaan-Nya
Walau amal segunung tingginya
Tiada sesekali dirimu mencium syurga

Oleh itu duhai Anak…
Ingatlah jasa orang tua mu
Dari kecil diasuh tanpa jemu
Berbaktilah walau terasa lesu
Tanpa mereka siapalah kamu

HARI NATAL

Hari Natal disambut sempena kelahiran Jesus sebagai anak Allah. Keyakinan ini amat bertentang dengan Islam sebab Allah tidak memiliki anak. Allah menegaskan: “Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan” [Surah al-Ikhlas, ayat 3] Apabila seorang muslim mengucapkan “Selamat Hari Natal”, bererti dia mengucapkan “Selamat menyambut kelahiran anak Allah”. Apabila seorang muslim menghadiri perayaan Hari Natal, bererti dia sama-sama meraikan hari kelahiran anak Allah.

Sumber : myibrah.com

DOA NABI DAUD MEMOHON CINTA ALLAH

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412).

LELAKI DULU DAN KINI



Dulu..
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini..
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya, boneka Yahudi

Dulu..
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini..
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri

Dulu..
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al Mu’tasim kebanggaan wanita

Kini..
Ribuan wanita suci terpenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu..
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda

Kini..
Bila wanita dibawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu..
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini..
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu, dunia dan seisinya

Dulu..
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad, tekun berdakwah

Kini..
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu..
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah
Al Farouq, Zunurain mati terbunuh

Kini..
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu..
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini..
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku..
Kembalilah pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki yang dulu
Lelaki Acuan Madrasah Rasul


 petikan dari novel ” Syabab Musafir Kasih ”.

KISAH USTAZ DAN WANITA

“Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?” Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.

“Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? ” Tanya saya membalas.

“Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi” Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.

“Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?” Soal saya mengajaknya berfikir.

“Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz” katanya.

“Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak. Sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya” Jelas saya sedikit panjang.

“Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa” katanya sambil mengangguk.

“Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?” Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.

“Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim ” sambil menggeleng kepalanya perlahan.

Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.

Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Contohnya ‘favorite’nya pula, menyebut “adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?.”

Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu “meletakkan seseuatu pada tempatnya”, lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.

“Eee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? ” tempik seorang ibu kepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.

Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.

Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.

Mereka menanyakan kepadamu: “”Apakah yang dihalalkan bagi mereka?”" Katakanlah: “”Dihalalkan bagimu yang baik-baik” ( Al-Maidah : 4).

Justeru, apa yang ‘neutral’ atau ‘harus’ hukumnya akan dibiarkan terbuka (tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia. Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW :

Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaar wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya” ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan ).

Perempuan Lebih Sukar?
 Pernah sekali di Brunei, selepas tamat kursus yang saya kendalikan, datang seorang peserta wanita lalu berkata :

“Tapi ustaz, orang lelaki mudah le dapat tutup aurat dengan sempurna, sebab depa senang, sikir benor auratnya”. Tegasnya.

“Jika puan rasa susah, tapi buat juga kerana Allah, lagi banyak pahala puan dapat, untung orang perempuan, tutup je aurat terus dapat pahala setiap saat, berganda dari pahala orang lelaki kerana mereka tidak berapa sukar” jawap saya menarik minatnya.

“Eh, betul ke ni ustaz” sambil tersenyum luas.
Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.

“Benar, InsyaAllah..” Kata saya.

Kata saya ini berdasarkan satu hadith yang menyebut.

إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك

Ertinya : “Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu” (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)
Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :

إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك

Ertinya : “Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan

Imam An-Nawawi pula berkata :-
الحديث أن الثواب والفضل في العبادة يكثر بكثرة النصب والنفقة

Ertinya :Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan”.
Bagaimanapun ulama sepakat menyatakan bahawa konsep pahala lebih besar apabila amalan lebih sukar dan letih” ini, tidaklah terpakai di dalam semua keadaan, kerana terdapat beberapa jenis ibadat yang ringan tetapi mempunyai pahala yang amat besar, seperti ucapan zikir tertentu yang disebut oleh Nabi SAW, demikian juga berbezanya solat tahajjud di bulan biasa dan di bulan Ramadhan. Kelebihan solat sunat Witr atas solat sunat tasbih yang jauh lebih sukar dan lain-lain. Demikian juga yan ditegaskan oleh Imam Izzudin Abd Salam ( Qawaid al-Ahkam fi Masalihil Anam).


Hukum Asal & Fitrah
Hasilnya, yakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup auratnya dengan begitu luas; Malah ini kerana menurut hukum Islam yang asal, kerja mencari nafqah adalah merupakan tanggungjawab utama kaum lelaki. Bertepatan dengan tugasan asalnya itu, secara umumnya kaum lelaki diberikan lebih kemampuan fizikal, mental dan kemudahan dalam menutup aurat agar mudah ia ke hulu dan ke hilir mencari nafqah buat keluarganya. (Fatawa Az-Zarqa, hlm 290, cet Dar Al-Qalam).

“Habis ustaz nak orang perempuan duk rumah je la ni?” desak seorang wanita, sambil menjeling saya dengan jelingan kurang puas hati.

Saya tidak menafikan keperluan wanita untuk bekerja hari ini, ia adalah satu fenomena yang sudah terlewat dan amat sukar untuk dielakkan. Namun, pandangan bebas saya menyatakan, keperluan wanita untuk bekerja timbul hari ini adalah apabila timbul masalah kekurangan kaum lelaki yang berkemampuan untuk menjalankan semua tugasan yang sepatutnya dijalankan oleh mereka di luar rumah.

Adakah kita sedar bahawa punca kelemahan anak-anak lelaki dalam hal ini kemungkinan berpunca dari rumahnya?.

Pernahkah anda mempunyai anak lelaki ? Bagi yang pernah, saya kira perbezaan dalam menumpukan perhatian dan penjagaan anak lelaki sejak kecil adalah ketara berbadning kanak-kanak wanita.

Hasilnya, keagresifan anak-anak lelaki memerlukan lebih didikan dan tumpuan, jika tidak, ia berpeluang untuk menjadi kaki buli di sekolah, malas belajar, bermain lebih dari belajar dan akhirnya mendapat ijazah rempitan di atas jalan raya. Nauzubillah.

Kerana itu, rumah dan pendidik di rumah terbaik adalah seorang ibu. Pendidikan di rumah teramat penting bagi mencorakkan sikap dan sifat anak-anak di hari kemudian, terutamanya kemampuan si anak lelaki. Iaitu samada ia mampu menggunakan tenaga fitrahnya yang gagah untuk mentadbir dunia dengan adil dan baik atau sebaliknya. Jika tidak, akan berterusanlah kekurangan tenaga lelaki yang mahir dan rajin di dalam industri pekerjaan, dalam masa yang sama pula peranan wanita yang lebih mudah dibentuk sejak kecil dan rajin, pasti terkehadapan. Lalu berbondong-bondonglah kaum wanita di tawar bekerja.

Di ketika itulah timbulnya isu, sukarnya wanita untuk menjaga auratnya semasa ia bekerja, ke sana ke sini, bermesyuarat di sana sini. Walhal, Allah SWT sememangnya tidak memperuntukannya untuk kaum wanita terlalu sibuk dan terbuka sedemikian. Malah juga tidak begitu tepat menurut fizikal dan mentalnya. Kemantapan mental, ketabahan sabarnya, kelembutannya pada hakikatnya adalah khas untuk anak-anaknya demi melahirkan keluarga, masyarakat dan Negara yang dipimpin oleh individu yang cukup kasih sayang ibunya. Malangnya, sifat lembut, taat, sabar dan kehebatan pshcologi itu telah dihabiskan dan digunakan kepada kerjaya, ‘boss’ dan kakitangan yang lain. Tinggallah yang hampas dan sisa buat anak-anaknya.

Kaum lelaki secara purata sememangnya agak kurang mampu untuk bersabar dengan tangisan anak dan karenah mereka. Lalu dihantarlah anak-anak ini ke pusat penjagaan kanak-kanak. Kesan jangka panjangnya, akan lahir anak-anak lelaki yang tidak ‘menjadi’ akibat dididik oleh individu yang tidak professional lagi melepas batuk di tangga. Iaitu di kebanyakan TASKA yang menghimpunkan berpuluh kanak-kanak sekaligus dengan 3-4 orang wanita muda bujang sebagai pendidiknya.  

Mampukah anak-anak dididik dengan berkesan dalam suasana begini?

“Begini, saya kata ikut hukum asal yang Allah letak memang begitu, cuba bayangkan betapa sukarnya wanita bekerja hari ini untuk melaksanakan tugasnya dalam keadaan ‘senggugut’, sakit perut, mengandung dan bersalin. Sekiranya ia telah menapoous pula, sukarnya tiba-tiba perlu ke sana sini seorang diri, bermesyuarat bersama lelaki berdua-duaan dan sebagainya”

“Mereka sepatutnya lebih dimuliakan dengan diberi kerehatan cukup di rumah sambil membina pimpinan dan generasi soleh masa depan, iaitu anaknya dan keluarganya” Ulas saya, walaupun saya tahu, isu ini amat panjang untuk dibincang serta amat sukar untuk memuaskan hati kaum wanita moden zaman ini.

Nabi SAW bersabda :
Ertinya : “Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid” ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371 ; Ibn Athir : Hasan 11/200 ).

Hadith di atas jelas membuktikan betapa tempat yang sebaiknya bagi wanita untuk mendapatkan pahala terbesar adalah di rumahnya. Manakala, bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, malah ia menyamai kepimpinan sebuah negara. Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga syarikat dan berbakti kepada negara sedangkan ; mendidik anak-anak dengan cemerlang adalah sumbangan terhebat kaum wanita buat Negara yang tidak mampu disaingi sama sekali oleh kaum lelaki.

Akibatnya berbondong wanita bekerja, kemudiannya apabila kaum wanita hari ini didedahkan dengan pelbagai hadith Nabi berkenaan adab Islam yang perlu dituruti olehnya. Ramai yang merasakan ia seolah-olah mustahil dan tidak ‘up to date’ sehinggakan dirasakan Nabi SAW tidak tepat dalam kata-katanya. Lebih buruk, adalah dituduhnya Nabi SAW bersikap ‘bias’ atau berat kepada kaum lelaki, kerana baginda sendiri adalah lelaki. Lebih serius dari itu, yang menuduh Islam sudah ‘out dated’. La hawala wal quwwata Illa Billah.

Wanita dan Wangian
Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume’ sewaktu keluar dari rumahnya.

” Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz” Tanya seorang wanita kepada saya.

Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidkit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergeluman dengan wangian, sehinggakan 30 meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.

Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :
Ertinya : “Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina” ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih).
Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?

“Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian” Kata seorang wanita.

Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, tika itu. Janganlah ia marahkan si lelaki tersebut.

Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas’, sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan’ , supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbanan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta’an.

Nabi SAW pernah bersabda :

ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلا هتكت الستر بينها وبين ربها

Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya” (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)
Akhir kata ; Wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah. Ppelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Amiin..

Wednesday 28 March 2012

SOAL JODOH DAN HIDAYAH ALLAH

Bila bercakap soal jodoh, 
ramai yang memilih untuk berusaha keras mencari, 
walaupun sedar hakikat jodoh telah ditentukan, 
tetapi bila bercakap soal hidayah, 
ramai pula memilih untuk menunggu, 
biarpun sedar hidayah itu perlu dicari bukannya tunggu jatuh ke riba.

P/S; Apabila berbuat jahat dan mengaku belum mendapat hidayah Allah, padahal diri sendiri yang menutup mata dan hatinya ketika hidayah Allah itu datang. Ingatlah! wahai sahabat, hidayah itu seperti cahaya dan ia tidak akan menyapa mereka yang masih menutup rapat jendela hatinya.

CINTA ABADI BERSAMA REDHA ILAHI

Jodoh di tangan Tuhan dan manusia WAJIB berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.

===================================
……. , . – . – , _ , …….simpan mawar
……… ) ` – . . ‘ `( …….yang kuberi
…….. / . . . .`\ . . \ ……..harap wanginya
…….. |. . . . . |. . .| ……mengukir di hatimu
……… \ . . . ./ . ./ ………
……….. `=(\ /.=` ………sudikah dirimu
…………. `-;`.-’ …………untuk mendekatiku
…………… `)| … , ……..mengenali diriku
……………. || _.-’| ……..
…………. ,_|| \_,/ ……..dalam mencari cinta ABADI
……. , ….. \|| .’ …………berjuang bersama demi REDHA ILAHI
……. |\ |\ ,. ||/ ………….sudikah dirimu
…. ,..\` | /|.,|Y\, …………
….. ‘-…’-._..\||/ ………….moga takdir ini
……… _.-`Y| …………..ketetapan ini
………….. ,_|| ……………adalah yang terbaik buat kita
……………. \|| ………..
…………….. || ……….berdoalah selalu
…………….. || ………..moga ia milik kita bersama
…………….. |/ ……terlerai dengan janji yang HALAL



Kredit by; PadaMu Ku Bersujud

SIFAT YANG PERLU ADA PADA DIRI KITA


Monday 26 March 2012

ALHAMDULILLAH

 Bismillahirrahmanirrahim..
Dalam pukul 11 lebih (pagi) juga turun dari rumah dengan kawan dan nenek kawan pergi klinik, saya teman je. Kebetulan saya dan kawan nak pergi terus ke Mahkamah, erk.. (jangan salah faham) pergi mahkamah hantar borang krusus kahwin dan sekali dengan pembayarannya, buat awal-awal sebab takut nanti ada halangan pula. Lepas tu barulah pergi situ sini pula, erm.. malas nak taip la.. sebab banyak tempat sangat pergi dan menunggu. hu3. Apapun alhamdulillah! baik2 aje dalam perjalanan kami tu cuma tadi berkongsi satu payung dengan tiga orang sebab tu terkena hujan juga masa kami ke klinik dulu sebelum ke mahkamah pahtu barulah hujan berhenti dan panas turut kembali, hujan rahmat kata orang. Alhamdulillah! syukur sebab diturunkan hujan walaupun sekejap sahaja.


 
Laksa Kelantan

Petang tadi emak dan bapa saudara datang, nenek dan datuk pun ada sekali. Datang pun tak beritahu, terkejut juga tadi tapi yang bestnya nenek kebetulan ada buat laksa. Haa.. tengok kat atas tu, letak laksa pahtu letak ulam pahtu letak garam dan garam sikit pahtu baru letak kuah pahtu diletak lak ulam. Maka banyaklah ulam saya taruk tadi ha.. dahlah pakat tabur je, emak saya pun tergelak saya buat camtu. he3. Apapun syukur alhamdulillah! dengan rezeki yang diberikan oleh Allah pada kita, makan je apa yang ada tapi jangan lupa bersyukur.

Malam nie hujan, alhamdulillah! saya harap esok panas. Erm.. sudah pukul 1.40 pagi, mata pun dah ngantuk + kepenatan + gembira + berdebar + macam-macam lagilah yang ada dihati dan fikiran nie. Jadi saya akhiri bicara sebelum saya out diruang Blog nie dengan kata "jangan lupa nak tidur basuh kaki, baca al-fatihah, baca ayat kursi, mengucap dua kalimah syahadah, baca doa tidur dan mintalah moga esok hari yang baik untuk kita" (selamat malam a.k.a selamat pagi).

Saturday 24 March 2012

MANA MILIK KITA

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

MANUSIA ZAMAN SEKARANG

 Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah! pagi yang buat kali rasa tenang sambil mendengar lagu nasyid kumpulan Rabbani, hari nie nak luahkan manusia zaman sekarang.

Pelik betullah dengan manusia zaman sekarang, pandai berjanji tapi mungkir janji. Saya pernah kenal dengan kenalan nie, pandai juga berkata-kata tapi awas ada juga kemarahan dia pada seseorang bila tak ada kesabaran. Saya juga tak pernah nak berharap seseorang itu merisik saya andai dirinya tidak bersungguh, saya paling benci pada sikap yang tidak menghormati perasaan perempuan. Bak kata kebanyakkan orang "jangan menyakiti perempuan kerana perempuan harus dilindungi" tapi saya dapati ramai yang kecewa kerana cinta, patut ke hati perempuan dipermainkan? Wahai kaum Hawa, haruslah kamu bersabar, tabah dan redha apa yang berlaku kerana cinta manusia ini hanyalah sementara. Andai dia benar-benar cinta dan sayang kita, haruslah dia mencintai kita kerana Allah dan haruslah menikahi kita dengan segera. Jangan kerana janji manisnya, kita sudah cair. Belum tentu lagi cinta itu milik kita, jangan sesekali berharap pada lelaki yang hanya pandai menabur janji. Orang yang benar-benar cinta dan sayang kita, dia pasti ajak kita alam perkahwinan. Insya'Allah! Allah akan merestui hubungan itu sampai menuju ke Syurga. Wahai kaum Adam, janganlah kamu menaburkan janji pada kaum Hawa yang terlalu lemah. Kamu sepatutnya melindungi kaum Hawa, bukan menyakitinya. Jika Kamu benar-benar cinta dan sayang dirinya, biarlah kerana Allah dan ajaklah dia ke alam perkahwinan dengan segera. Semoga diberkati apa jua urusan kamu, terimalah dia seadanya dan bimbinglah dia sebaik-baiknya menjadi isteri yang solehah.

Bukan hal diatas sahaja yang saya nak luahkan, ada ke patut di minta tolong tapi buat tidak mengerti. Ingatkan dapat juga meringankan beban pertolonganku itu tapi rasa sedih pula berputik dihati sebab tak ada respon. Akhir sekali, saya minta pertolongan dari kawan saya yang lain. Alhamdulillah! tak mengapalah! kalu orang lain tak dapat tolong, masih ada lagi yang boleh menolongku. Erm.. saya taklah berdendam tapi berkecil hati sahaja dan kerana tak mahu berprasangka, saya anggap dia ada prinsip tersendiri kenapa dia tak ada respon untuk menolong saya. Apa pun saya doakan moga dia diberkati dan dilindungi walaupun saya tak mengenalinya tapi dia tetap saudara Islam kita kan.

Nak dijadikan cerita, masih ada lagi orang yang tidak tahu bersyukur. Erm.. saya pernah juga mengenali beberapa kenalan dengan sekadar chat sahaja, itu pun secara kebetulan. Orang bertanya, jadi saya jawablah dengan jujur tapi saya hairan bila ditanya kerja ke? study ke? dengan tiba-tiba diketawa pula bila jawab dengan jujur. Kenapa tidak ditanya sahaja kenapa orang itu tidak kerja ataupun study. mungkin dia ada sebab tersendiri. Ingat! janganlah tertawakan seseorang, mentang-mentang kamu berasa hidup kamu senang dan jangan ingat Allah tidak boleh tarik balik rezeki kamu itu. Kamu sepatutnya bersyukur apa yang kamu ada, bukan menyindir orang tidak tentu pasal. Saya hairanlah dengan orang sekarang, dah dibagi kehidupan senang tapi tidak tahu bersyukur nikmat yang Allah berikan padanya. Walaupun saya orangnya simple, tidak belajar tinggi macam orang lain tapi saya tahu untuk bersyukur dan bersabar dengan ujian yang Allah berikan pada hamba-Nya kerana saya tahu Dia menyayangi saya sebab itu saya tidak kisah Allah menimpa ujian pada saya sebegini walaupun saya sudah berusaha tapi ada pula yang mengahalang. Jadi saya tetap bersabar dan bersabar, mana tahu disebaliknya Allah memberikan saya yang lebih baik lagi. Bersyukurlah apa yang ada pada kita dan redha sahajalah apa yang berlaku, jangan sesekali kita mengeluh nasib kita kerana Allah paling tak suka orang seperti itu. Berdoa, berusaha, tawakal, sabar adalah jalan terbaik buat kita, insya'Allah! semoga kita diberkati, dilindungi dan dimakbulkan hasrat kita nanti. Allah memberikan kita masalah dan Dia juga memberikan jalan penyelesaian pada kita, maka kita haruslah bersyukur pada-Nya kerana Dia lagi masih menyayangi kita. Sebelum saya mengakhiri, saya memohon maaf jikalau berbicara saya ini ada salah dan silap dan marilah menyebut seketika; Subhana'Allah! 33x, Alhamdulillah! 33x, Allahu' akbar! 33x, Laailaaha' illallah 33x.




Friday 16 March 2012

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

 Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram, di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya; "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya; "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab; "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya; "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?"

Jawab adiknya; "Baiklah kalau begitu?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu dan kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku. Tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya; "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab; "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi;

"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan Syurga baginya."

Begitu juga mengeluh, perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda;

"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula; "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api Neraka." (Riwayat oleh Imam Majah).

P/S; Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

TEMPAYAN YANG RETAK

 
Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.
Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya, tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air; "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." Kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak dan dalam belas kasihannya, ia berkata; "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar! ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retakmemerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu; "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu, itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."

P/S; Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri, kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita, kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita dan kita akan menemui kekuatan kita.

RACUN UNTUK TERUS HIDUP

Seorang pemuda berjumpa seorang Tuan Guru yang bijaksana untuk mendapatkan nasihat, "Guru, saya sudah bosan hidup. Sudah jenuh betul, rumahtangga saya berantakan dan usaha saya tidak berhasil. Apa pun yang saya lakukan selalu gagal, saya ingin mati."

Tuan Guru tersenyum sambil mengusap-usap jambang putihnya, "Oh! kamu sakit."

"Tidak guru, saya tidak sakit. Saya sihat, hanya jenuh dengan kehidupan dan itu sebabnya saya ingin mati."

Seolah-olah tidak mendengar alasannya, Tuan Guru berkata; "Kamu sakit dan penyakitmu itu dikenali sebagai alahan hidup. Ya, kamu alergik terhadap kehidupan."

Sang guru memang benar, banyak sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan.

Hidup ini berjalan terus, sungai kehidupan mengalir terus tetapi kita menginginkan status-quo. Kita berhenti di suatu tempat, kita tidak mahu ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit, kita mengundang penyakit. Keengganan kita, penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Yang namanya usaha, pasti ada pasang surutnya. Dalam hal berumahtangga, perselisihan-perselisihan kecil itu memang lumrah dan asam garam berkeluarga.

Persahabatan pun tidak selalunya kekal abadi, jadi apa yang kekal dan abadi dalam hidup ini? Kita tidak menyedari sifat kehidupan, kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.

"Penyakitmu itu boleh disembuhkan, asal engkau ingin sembuh dan bersedia mengikut petunjukku." Demikian kata sang Guru.

"Tidak Guru, tidak! saya sudah betul-betul jenuh, tidak! saya tidak ingin hidup." Pemuda itu menolak tawaran sang guru.

"Jadi engkau tidak ingin sembuh, kamu betul-betul ingin mati?"

"Ya, memang saya sudah bosan hidup."

"Baiklah! kalau begitu pagi esok engkau akan mati, ambillah botol ubat ini. Setengah botol diminum malam ini, setengah botol lagi diminum pukul 6 pagi esok dan engkau akan mati dengan tenangnya pada pukul 8 malam."

Pemuda itu pula menjadi bingung, setiap guru yang ditemuinya selama ini cuba memberikannya semangat untuk hidup. Yang satu ini aneh, malah guru ini menawarkan racun tetapi disebabkan pemuda itu benar-benar putus asa dengan kehidupannya, dia menerimanya dengan senang hati.

Sebaik sahaja sampai ke rumah, dia segera menghabiskan setengah botol racun yang disebut "ubat" oleh guru itu. Dan, dia mula merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini.

Begitu relaks, begitu santai! Tinggal sehari semalam lagi sebelum dia mati, brmakna dia akan bebas dari segala macam masalah tidak lama lagi.

Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam di luar bersama keluarganya di sebuah restoran Jepun. Sesuatu yang sudah lama dia tidak lakukan selama beberapa tahun kebelakangan ini kerana mengenangkan ia akan menjadi malam terakhirnya, dia ingin meninggalkan kenangan manis untuk anak isterinya. Sambil makan, dia bersenda gurau dengan suasananya santai dan seisi keluarga terhibur.

Sebelum tidur, dia mencium bibir isterinya dan membisikkan kata-kata romantis di cupingnya; "Sayang, aku mencintaimu." Kerana malam itu adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis.

Esoknya bangun tidur, dia membuka jendela kamar dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya, lantas dia tergoda untuk berjogging sambil menikmati pagi yang indah .

Pulang ke rumah setengah jam kemudian, dia melihat isterinya masih lena. Mungkin diuliti mimpi indah, fikirnya.

Tanpa mengejutkannya, dia masuk dapur dan membuat dua cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Disebabkan pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis.

Si isteri pun berasa aneh sekali, "Sayang, apa yang terjadi hari ini? Selama ini, mungkin saya ada berbuat salah. Maafkan saya, bang."

Di pejabat, pemuda itu menyapa setiap orang dan bersalaman dengan setiap orang. Stafnya pun kehairanan.

"Hari ini, Boss kita macam pelik je, kan?"

Dan sikap mereka pun turut berubah, mereka menjadi lembut hati dan bekerja bersungguh-sungguh dan mengikut segala arahannya. Kerana siang itu adalah siang terakhir, pemuda itu ingin meninggalkan kenangan manis.

Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih bertimbang rasa serta menghargai pendapat-pendapat yang berbeza, tidak seperti sebelumnya.

Tiba-tiba hidup menjadi sungguh indah, dia mula menghargai dan menikmatinya.

Pulang ke rumah pukul lima petang, isteri tercinta siap menunggunya di pintu depan dengan senyuman yang manis sekali. Kali ini isteri yang terlebih dahulu memberikan ciuman kepadanya; "Abang! sekali lagi saya meminta maaf, kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang."

Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan; "Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan disebabkan oleh perangai dan kenakalan kami.”

Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia terdetik untuk membatalkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum petang semalam?

Pemuda itu kembali menemui gurunya dan melihat wajah pemuda itu, sang Guru dapat mengetahui apa yang telah terjadi.

"Buang saja botol itu, isinya air biasa. Kau sudah sembuh, apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila masa sahaja maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jenuh, tidak akan bosan. Kau akan berasa hidup, itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan, itulah jalan menuju ketenangan."

Pemuda itu sungguh gembira dan tersedar akan kesilapannya selama ini dalam mengemudi hidup.

Dia lantas mengucapkan terima kasih dan menyalami Sang Guru, lalu pulang ke rumah untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Dia masih mengalir terus, dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia selalu bahagia dan selalu tenang.

KECANTIKAN YANG AKAN KEDAM

Oleh Dr Tuah Iskandar Al-Haj

Saya teringat satu kisah yang menimpa seorang ulama sewaktu dia dalam penerbangan. Apabila tiba waktu solat, dia pun pergilah ke tandas untuk berwuduk. Al maklum, tandas di dalam kapal terbang memang sempit, maka dia pun terpaksalah membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala dia sedang mengangkat salah satu daripada kakinya ke sinki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan segera menegurnya.

Pramugari: (Dengan suara dikeraskan) Tuan tak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu.

Ulama: Mengapa?

Pramugari: Kotorlah sinki itu nanti.

Ulama: Tapi tidak disediakan gayung untuk saya mencuci kaki di mangkuk tandas.

Pramugari: Itu bukan alasan membasuh kaki di sinki.

Ulama: Habis, kalau saya hendak membasuh kaki di mana harus saya membasuhnya?

Pramugari: Tak perlu mencuci kaki ketika menaiki kapal terbang.

Ulama: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: Tuan, orang macam saya paling tidak cuci muka sekali atau dua kali sehari. Takkan tuan tak tahu pramugari macam kami perlu jaga penampilan wajah. Kami kena rawat wajah kami setiap masa. Kami kena pastikan orang puas hati walau hanya dengan melihat wajah kami.

Ulama: Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, satu kali cuci tiga kali berturut-turut, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Jawapan seperti ini bukanlah pula hendak merendah-rendahkan orang lain tetapi sekadar membuat perbandingan ciri orang beriman bersama bukti dengan orang beriman tanpa bukti. Orang yang beriman bersama bukti, walau apa pun keadaannya dia akan lakukan semua kewajipan biarpun susah, sebaliknya orang beriman tanpa bukti berpegang teguh pada suara hati tetapi tidak sanggup atau kecundang tatakala diberikan sedikit ujian.

MANUSIA DAN KELDAI

Suatu ketika seorang lelaki beserta seorang anaknya membawa seekor keldai ke pasar. Di tengah jalan, beberapa orang melihat mereka dan tersengih menyindir, “Lihatlah orang-orang dungu itu. Mengapa mereka tidak naik ke atas keledai itu?”

Lelaki itu mendengar perkataan tersebut. Dia lalu meminta anaknya naik ke atas keledai. Seorang perempuan tua melihat mereka, “Sudah terbalik dunia ini! Sungguh anak tak tahu diri! Ia berehat di atas keledai sedangkan ayahnya yang tua dibiarkan berjalan.”

Kali ini anak itu turun dari punggung keldai dan ayahnya yang naik. Beberapa saat kemudian mereka berselisih dengan seorang gadis muda. “Mengapa anda berdua tidak menaiki keldai itu bersama-sama?”

Mereka menuruti nasihat gadis muda itu. Tidak lama kemudian sekelompok orang lalu di situ.

“Binatang malang, ia menanggung beban dua orang gemuk tak berguna. Kadang-kadang orang memang sangat kejam!”

Sampai di sini, ayah dan anak itu sudah muak. Mereka memutuskan untuk memikul keldai itu. Melihat kejadian itu, orang-orang tertawa terbahak-bahak, “Lihat, manusia keldai memikul keldai!” sorak mereka.

Jika anda berusaha memudahkan semua orang, boleh jadi anda tak akan dapat memudahkan dan menggembirakan siapa pun.

Adakah anda keldai atau manusia?. Kalau keldai memang dia tidak banyak kerenahnya.

Moral: Kita tidak dapat melakukan semua perkara untuk memuaskan hati semua pihak.

PAKU DI TIANG

Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya.

Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, “Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita.

Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini.” Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut

Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang. Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim rebut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas.

Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam diri Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang.

Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya. Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari,semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.

Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan berkata: “Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?” Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. “Kenapa anakku?” tanya ayahnya, “aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada.” Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, “Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut- parut lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya.”

Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan, Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan (habit), kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara berangsur-ansur menghapuskannya, tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedari diri ini melakukan suatu kemungkaran, ataupun sedang diambang pintu habit yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita bergelimang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut.

Wassalam.

KASIH SAYANG SEORANG ADIK

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: “Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang… !” aku terdengar ibu teresak-esak.

“Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. “Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg… sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat… ..

“Kak… untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak… .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi… aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya… .”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

KEDAMAIAN HATI ADALAH KEDAMAIAN SEJATI

Seorang raja mengadakan sayembara dan akan memberi hadiah yang melimpah kepada sesiapa sahaja yang mampu melukis tentang kedamaian. Ada banyak seniman dan pelukis berusaha keras untuk memenangi pertandingan tersebut.

Sang raja berkeliling melihat-lihat hasil karya mereka. Hanya ada dua buah lukisan yang benar-benar disukainya. Tapi sang raja harus memilih satu di antara kedua-duanya.

Lukisan pertama menggambarkan sebuah telaga yang tenang. Permukaan telaga bagaikan cermin sempurna yang memantulkan kedamaian gunung ganang yang tenang menjulang di sekitarnya. Di atasnya terpampang langit biru dengan awan putih berarak-arak. Semua yang memandang lukisan tersebut akan berpendapat bahawa itulah lukisan terbaik mengenai kedamaian.

Lukisan kedua juga menggambarkan tentang kawasan pergunungan. Namun tampak kasar dan gondol.

Di atasnya terlukis langit yang gelap dan merah menandakan turunnya hujan badai dan petir sabung menyabung. Di sisi gunung ada air terjun deras yang berbuih-buih, sama sekali tidak menampakkan ketenangan dan kedamaian.

Tapi ada sesuatu yang menarik perhatian raja. Di balik air terjun itu tumbuh semak-semak kecil di atas sela-sela batu. Di dalam semak-semak itu seekor ibu pipit meletakkan sarangnya. Jadi, di tengah-tengah riuh-rendahnya air terjun, seekor ibu pipit sedang mengerami telurnya dengan damai.

Benar-benar damai.

Kalau saudara pembaca, lukisan manakah yang rasa-rasanya memenangi pertandingan itu? Bagi Sang Raja, baginda memilih lukisan kedua. Tahukah anda mengapa? Kerana jawab Sang Raja,

“Kedamaian bukan bererti anda harus berada di tempat yang tanpa kekacauan, kesukaran atau pekerjaan yang teruk atau sibuk. Kedamaian adalah hati yang tenang dan damai, meskipun anda berada di tengah huru-hara luar biasa.”


Moral: Kedamaian hati adalah kedamaian sejati.

SIAPA LEBIH BAGUS

Syeikh Ibnu Khafif ialah seorang ahli sufi dari Parsi. Dia mempunyai dua orang murid yang mempunyai nama yang sama iaitu Ahmad. Untuk memudahkannya, dia memanggil Ahmad Tua untuk yang lebuh tua umurnya dan Ahmad Muda untuk yang lebih kecil. Antara dua kanak-kanak itu, Ibnu

Khafif lebih menyayangi Ahmad Muda. Tindakannya ini tidak disenangi murid-murid lain. Mereka beranggapan Ahmad Tua lebih bijak dan berdisiplin berbanding Ahmad Muda.

Ibnu Khafif ingin menunjukkan sesuatu pada mereka. Pada suatu hari, dia membawa murid-muridnya ke rumah. Di hadapan rumahnya, terdapat seekor unta yang sedang tidur.

“Ahmad Tua, ke mari! Angkat unta itu ke atas loteng sekarang,”Ibnu Khafif memberi arahan.

Ahmad Tua garu kepala. “Mustahil, Tuan Guru. Unta itu kan besar. Mana boleh saya angkat sorang-sorang ke atas loteng.”

“Tak apa, cukuplah tu. Ahmad Muda, ke mari!” Ibnu Khafif memanggil Ahmad Muda pula. “Buat sebagaimana yang saya suruh tadi.”

Tanpa berkata apa-apa, Ahmad Muda terus menyingsing lengan baju dan mengetatkan ikatan pinggangnya. Kemudian dia mencangkung ke arah unta yang sedang tidur. Dia meletakkan kedua-dua tangannya di bawah tubuh unta itu dan…

“Eeergh!!!” Dengan segala kudrat yang ada Ahmad Muda cuba mengangkat unta tersebut. Usahanya sia-sia sahaja. Unta itu sedikit pun tidak bergerak, maklum saja saiz haiwan itu yang besar manakan mampu diangkat oleh seorang kanak-kanak.

“Ahmad Muda. Cukuplah,” Ibnu Khafif menyuruhnya berhenti.

Ahli sufi itu memandang anak-anak muridnya dan berkata, “Kamu dah nampak, kan? Walaupun kamu lihat Ahmad Muda macam lurus bendul, itu tidak bermakna dia bodoh. Dia telah menjalankan tanggungjawab dnegan sedaya upaya walaupun ia kelihatan mustahil. Sedangkan Ahmad Tua hanya memberi alasan dan tidak mahu langsung berusaha. Antara kamu, siapa yang lebih bagus?” tanya
Ibnu Khafif kepada mereka.

Pelajar-pelajarnya terdiam. Mulai hari itu, mereka mula menghormati Ahmad Muda.

SIFAT KITA DAN SIFAT JENGKING

Semasa berjalan-jalan di pinggir taman, seorang lelaki tua ternampak seekor kala jengking yang tergapai-gapai di dalam lopak. Jengking hitam sebesar ibu jari kaki itu berkali-kali cuba memanjat tebing, tapi setiap kali mencuba, ia jatuh semula ke dalam air.

Lelaki tua itu berasa simpati. Dicapainya jengking hitam itu, tapi belum sempat menyelamatkannya, haiwan itu menyengat jari lelaki tua itu. Sakitnya bukan kepalang. Ironinya, tiap kali disengat, orang tua itu tetap juga mencuba untuk mengangkat jengking hitam itu keluar dari lopak.

“Mengapa pakcik masih lagi nak menyelamatkan kala jengking ini? Dah berkali-kali pakcik disengatnya,tapi pakcik masih lagi nak mencuba. Kenapa?” Tanya seorang pemuda yang sejak tadi memerhatikan lelaki tua tersebut.

Orang tua itu menjawab,”Menyengat memang sifat semulajadi seekor kala jengking. Tapi sifat semulajadi manusia ialah menyayangi. Mengapa mesti kita korbankan sifat semulajadi kita itu kepada sifat semualajadi seekor haiwan?”.

Selepas berkata demikian, lelaki tua itu mencuba lagi mengeluarkan jengking hitam itu sehingga berjaya. Lelaki tua itu tersenyum puas biarpun bisa sengatan telah pun menular ke seluruh tubuhnya…

Bersama-samalah kita menghayati erti sebenar sifat semulajadi kita yang bernama manusia..

TIGA ORANG PENGEMBARA

Suatu malam tiga orang pengembara memacu kuda merentasi padang pasir. Ketika melintasi sebatang sungai yang kering kontang, para pengembara itu terdengar suatu suara mengarahkan mereka berhenti.

Mereka patuh pada arahan itu. Suara itu kemudian menyuruh mereka turun dari kuda dan mengutip batu-batu yang terdapat di dasar sungai. Ketiga-tiga pengembara mengagau di dalam gelap mengutip batu-batu kerikil dan memasukkannya ke dalam poket.

Suara misteri itu seterusnya berkata, “Kamu telah ikut arahan aku. Esok kamu akan berasa gembira dan juga sesal. Sekarang tinggalkan tempat ini”

Ketiga-tiga pengembara memacu kuda mereka hingga ke hujung padang pasir. Apabila matahari memancar keesokkannya, pengembara-pengembara itu menyeluk poket masing-masing. Alangkah terkejutnya mereka, batu-batu yang mereka kutip malam tadi telah berubah menjadi batu permata berharga!

Seketika itu juga mereka teringat pada amaran yang dikeluarkan oleh suara tersebut, “Kamu akan gembira dan kesal”. Betul, mereka gembira kerana mendapat batu permata tapi kesal kerana tidak mengambil lebih banyak lagi.

Begitulah manusia, mereka memang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki.

BUAT SEORANG IBU

“Coretan ini saya tujukan khas padanya untuk memberitahu tentang isi hati saya yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata apabila saya berhadapan dengannya. Sekurang-kurangnya bila beliau membaca isi hati saya ini, dia akan lebih memahami akan kasih dan sayang saya terhadapnya yang telah mengajar saya tentang tujuan hidup manusia di muka bumi ini sebagai khalifah Allah.

Kepada para pembaca sekalian, cuba ingat kembali, sudah berapa lama kita tidak menelefon orang tua kita? Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk duduk berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah kesibukan aktiviti kita yang padat ini, kita selalu sahaja mengada-adakan seribu satu macam alasan untuk meninggalkan mereka kesepian.

Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang berada nun di kampung. Kalau ikutkan masa, tentulah memanjang tiada. Sedangkan masa perlu dicari. Jauh bezanya jika dibandingkan dengan seseorang kekasih yang lebih bertuah berbanding ibu bapa yang telah banyak berjasa kepada kita. Tanpa kita sedari, kita lebih peduli dengan buah hati sekaligus menidakkan hak orang tua kita.

Buktinya, kita selalu cemas akan khabar berita kekasih kita. Kalau tidak bertanya khabarnya sehari, apa buatnya, sudah makankah atau belum. Lebih-lebih lagi, kita boleh jadi risau tidak bertempat kalau-kalau dia bahagia bila disamping kita ataupun tidak. Ah, untungnya! Namun apakah kita semua pernah berasa bimbang sampai begitu sekali pada abah dan emak di kampung? Risau apakah mereka sudah makan atau belum? Cemas samada orang tua kita sudah bahagia atau belum kerana mempunyai kita sebagai cahayamata mereka?

Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orang tua kita, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada sesalan di kemudian hari. Jika kedua-duanya masih ada atau salah seorang sahaja yang masih tinggal, jangan lupa memberikan kasih sayang anda lebih daripada yang pernah diberikan selama ini. Dan sebaliknya jika mereka sudah tiada lagi bersama kita, ingatilah kasih sayang dan cintanya yang tulus tanpa syarat kepada kalian semua.

Sedekahkanlah al-Fatihah, semoga roh mereka aman di sana, ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Kalau mahu, anda boleh menunjukkan ihsan anda kepada warga tua yang kurang bernasib baik di sekeliling anda mahupun yang sedang menghitung hari di rumah orang-orang tua berhampiran anda. Sekurang-kurangnya mereka boleh menutup mata tanpa rasa terkilan di hati kerana terasa diri masih lagi disayangi oleh insan-insan mulia seperti anda.

Dan apa kata juga selepas ini, kita pakat-pakat capai telefon dan menghubungi orang tua kita untuk bertanya khabar.”


Coretan dari seorang anak

KISAH BISKUT

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

“Alangkah tak malunya lelaki ni….. dah la tak mintak dari aku…. makan sama banyak dengan aku pulak tu…Pencuri!! ” rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.

Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.

“Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.” kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

 Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

“Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…” getusnya.

Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.


Moral:

Jangan buruk sangka dengan orang. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang

IBUMU YANG TERCANTIK SEKALI

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.

“Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.

Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”


Moral:

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah

“SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..

AKU MEMINTA KEPADA TUHAN

Aku meminta kepada Tuhan untuk menyingkirkan penderitaanku.

Tuhan menjawab, Tidak. Itu bukan untuk Kusingkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya.

Aku meminta kepada Tuhan untuk menyempurnakan kecacatanku.

Tuhan menjawab, Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.

Aku meminta kepada Tuhan untuk menghadiahkanku kesabaran.

Tuhan menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.

Aku meminta kepada Tuhan untuk memberiku kebahagiaan.

Tuhan menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu.

Aku meminta kepada Tuhan untuk menjauhkan penderitaan.

Tuhan menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu.

Aku meminta kepada Tuhan untuk menumbuhkan rohku.

Tuhan menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.

Aku meminta kepada Tuhan segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.

Tuhan menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.

Aku meminta kepada Tuhan membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.

Tuhan menjawab, akhirnya kau mengerti. HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.

MANGKUK YANG TIDAK BERALAS

Seorang raja bersama pengiringnya keluar dari istananya untuk menikmati udara pagi. Di keramaian, ia berjumpa dengan seorang pengemis. Sang raja menyapa pengemis ini: Apa yang engkau inginkan dari dariku?

Si pengemis itu tersenyum dan berkata: Tuanku bertanya, seakan-akan tuanku dapat memenuhi permintaan hamba.
Sang raja terkejut, ia merasa pelik:

Tentu saja aku dapat memenuhi permintaanmu. Apa yang engkau minta, katakanlah!

Maka menjawablah sang pengemis: Berfikirlah dua kali, wahai tuanku, sebelum tuanku menjanjikan apa-apa. Rupanya sang pengemis bukanlah sembarang pengemis. Namun raja tidak merasakan hal itu. Timbul rasa angkuh dan tak senang pada diri raja, kerana mendapat nasihat dari seorang pengemis.

Sudah aku katakan, aku dapat memenuhi permintaanmu. Apapun juga! Aku adalah raja yang paling berkuasa dan kaya-raya.

Dengan penuh kejujuran dan kesederhanaan si pengemis itu menghulurkan mangkuk penadah sedekah: Tuanku isilah apa yang tuanku hendak bagi kepada hamba di dalam mangkuk ini,

Bukan main! Raja menjadi geram mendengar kata-kata pengemis dihadapannya. Segera ia memerintahkan bendahara kerajaan yang ikut dengannya untuk mengisi penuh mangkuk pengemis kurang ajar ini dengan emas! Kemudian bendahara menuangkan emas dari pundi-pundi besar yang di bawanya ke dalam mangkuk sedekah sang pengemis. Anehnya, emas dalam pundi-pundi besar itu tidak dapat mengisi penuh mangkuk sedekah.

Tidak mahu malu di hadapan rakyatnya, sang raja terus memerintahkan bendahara mengisi mangkuk itu. Tetapi mangkuk itu tetap kosong. Bahkan seluruh perbendaharaan kerajaan: emas, intan berlian, ratna mutumanikam telah habis dilahap mangkuk sedekah itu. Mangkuk itu seolah tanpa dasar, berlubang.

Dengan perasaan tak menentu, sang raja jatuh bersimpuh di kaki si pengemis bukan pengemis biasa, lalu ia bertanya : Sebelum berlalu dari tempat ini, dapatkah tuan menjelaskan terbuat dari apakah mangkuk sedekah ini?

Pengemis itu menjawab sambil tersenyum: Mangkuk itu terbuat dari keinginan manusia yang tanpa batas. Itulah yang mendorong manusia senantiasa bergelut dalam hidupnya. Ada kegembiraan, keinginan memuncak di hati, pengalaman yang mengasyikkan kala engkau menginginkan sesuatu.

Ketika akhirnya engkau telah mendapatkan keinginan itu, semua yang telah kau dapatkan itu, seolah tidak ada lagi ertinya bagimu. Semuanya hilang ibarat emas intan berlian yang masuk dalam mangkuk yang tak beralas itu. Kegembiraan, keinginan, dan pengalaman yang mengasyikkan itu hanya tatkala dalam proses untuk mendapatkan keinginan. Begitu saja seterusnya, selalu kemudian datang keinginan baru. Orang tidak pernah merasa puas. Ia selalu merasa kekurangan. Anak cucumu kelak mengatakan : “power tends to corrupt” (kekuasaan cenderung untuk berlaku tamak).

Raja itu bertanya lagi : Adakah cara untuk dapat menutup alas mangkuk itu?

Tentu ada, yaitu rasa syukur kepada Allah SWT. Jika engkau pandai bersyukur, Allah akan menambah nikmat padamu ,Ucap sang pengemis itu, sambil ia berjalan kemudian menghilang dari mata khalayak.

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Se- sungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (14:7).

BALANG MAYONIS DAN 2 CAWAN KOPI

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab “ya!”. Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut.

Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…”

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.

Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

“Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.

“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda…

Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”

“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.” “Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi.

Profesor tersebut tersenyum. “Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan nampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah “Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini… “

MAAFKAN AKU TUHAN

Hari ini, di sebuah bas, aku melihat seorang gadis cantik dengan rambut perang. Aku iri hati melihatnya. Dia nampak begitu ceria, dan kuharap aku pun sama. Tiba-tiba dia terhuyung-huyung berjalan. Dia mempunyai satu kaki saja, dan memakai tongkat kayu. Namun ketika dia melintasiku - dia tersenyum.

Oh Tuhan, maafkan aku bila aku mengeluh, aku punya dua kaki, dunia ini milikku.

Aku berhenti untuk membeli bunga lili. Anak laki-laki penjualnya begitu girang.

Aku berbicara padanya. Dia nampak begitu gembira. Seandainya aku terlambat, tidaklah apa-apa.

Ketika aku pergi, dia berkata, “Terima kasih. Engkau sudah begitu baik, menyenangkan apabila berbicara dengan orang sepertimu. Lihat saya buta.”

Oh Tuhan, maafkan aku bila aku mengeluh, aku punya dua mata, dunia ini milikku.

Lalu, sementara berjalan. Aku melihat seorang anak dengan bola mata biru. Dia berdiri dan melihat teman-temannya bermain. Dia tidak tahu apa yang bisa dilakukannya. Aku berhenti sejenak, lalu berkata, “Mengapa engkau tidak bermain dengan yang lain, nak ?” Dia memandang ke depan tanpa bersuara,lalu aku tahu dia tidak bisa mendengar.

Oh Tuhan, maafkan aku bila aku mengeluh, aku punya dua telinga, dunia ini milikku.

Dengan dua kaki untuk membawa aku ke mana saja yang aku mau.

Dengan dua mata untuk memandang matahari terbenam.

Dengan dua telinga untuk mendengar apa yang ingin kudengar.

Oh Tuhan, maafkan aku bila aku mengeluh, terima kasih Tuhan untuk apa yang sudah engkau berikan padaku.

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk' sambil menangis.
 
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
 
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
 
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."
 
Berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
 
Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

ANTARA SABAR DAN MENGELUH (PERASAAN HATI)

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

“Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”

Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu ?”

Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya,

“Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?”

Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu ?”

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”

Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?”

Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:

” Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
” Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.”

Dan sabdanya pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
 
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
 
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwuduk' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wuduk' zahir dan batin itu?"
 
Hatim berkata, "Wuduk' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk' dengan air. Sementara wuduk' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
 
1.    bertaubat
2.    menyesali dosa yang dilakukan
3.    tidak tergila-gilakan dunia
4.    tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5.    tinggalkan sifat berbangga
6.    tinggalkan sifat khianat dan menipu
7.    meninggalkan sifat dengki
 
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
 
Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.