Friday 8 June 2012

AKU HANYA SEORANG...

Aku hanya seorang MUSLIMAH yang pernah merasa GAGAL untuk menjadi seorang muslimah yang BAIK tapi aku YAKIN akan ada cahaya yang TERANG dalam hidupku jika aku ingin MERUBAH dan kembali pada-Nya.

Aku hanya seorang HAMBA yang selalu berbuat KESALAHAN tapi hamba yang cepat mengakui kesalahan adalah seseorang yang BERANI dan berusaha ingin berubah untuk menjadi LEBIH BAIK lagi.

SAMBUTLAH CINTA ALLAH

"Sambutlah cinta Allah yang sentiasa dicurahkan pada hamba-Nya."

BAK KATA PEPATAH ARAB

Bak kata pepatah Arab; "Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.''

TERSENYUMLAH MESKIPUN PERIT

Kadangkala kita menangis akan sebuah kehilangan,
seolah-olah kita sudah tiada apa-apa,
tapi benarkah kita kehilangan segala-galanya?
seringkali kita meratapi sebuah kedukaan,
seolah-olah kita tidak pernah mengecapi kebahagiaan,
tapi benarkah hidup kita hanya ada derita?
yang pergi biarkan pergi,
yang hilang pasti berganti,
jangan berlebihan menangisi,
usah terlalu meratapi.

Lihat pada dirimu,
pandang pada sekelilingmu,
masih ada banyak sebab untuk dirimu tersenyum,
sedangkan mungkin hanya ada satu alasan untukmu menangis.

Lalu pilihlah untuk tersenyum hari ini,
kerana semalam tidak akan dapat kembali,
namun hari ini ada harapan yang masih menyinari,
insya'Allah! tersenyumlah meskipun perit.

SAHABAT SEJATI


Sahabat sejati bukan barang permainan,
apabila cantik boleh dibeli,
apabila buruk ianya dibuang,
tetapi sahabat sejati adalah untuk selamanya,
sahabat sejati memang sukar dicari,
walaupun beribu kawan yang kita miliki,
tetapi sahabat sejati yang paling istimewa,
dan kemungkinan ia akan menjadi teman hidup hingga ke akhir hayat.

Wednesday 6 June 2012

DALAM DUNIA NIE...

Dalam dunia nie orang cantik memang ramai,
tapi bukan semua orang cantik tu untuk kamu,
dalam dunia nie tak kurang juga lelaki tampan,
tapi tak tentu lagi lelaki itu milik kamu,
dalam dunia nie masih ada wanita dan lelaki yang baik,
namun bukan bermakna dia juga untuk kamu,
hargailah apa yang kamu ada,
kerana barangkali dia sebaik-baik yang kamu ada.

CANTIK ITU SUBJEKTIF

Cantik itu kan subjektif,
bukan pada hidung yang mancung,
bukan pada kulit yang putih dan gebu,
bukan juga pada gaya fesyen yang dipakai,
tapi cantik itu bermula dari hati,
dan dipancarkan kepada luaran iaitu;
akhlak kita,
pertuturan kita,
aurat kita,
peribadi kita.

Bila hati kita bersih,
jauh dari maksiat,
terhindar dari nafsu,
insya'Allah! kita sebenarnya akan jadi cantik di sisi Allah s.w.t.

HAK MUSLIM KE ATAS MUSLIM

Hak muslim ke atas muslim;

• Apabila berjumpa berikan salam kepadanya
• Apabila ia menjemput engkau memperkenankan undangannya
• Apabila ia meminta nasihat, engkau menasihatinya
• Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah (berdoa untuknya)
• Apabila ia sakit/sihat hendaklah engkau ziarahinya
• Apabila ia mati hendaklah engkau hantarkan jenazahnya ke kubur

(HR.Muslim dan Tirmizi)

ANDAINYA DIALAH JODOHMU

  "Andainya dialah jodohmu yang tertulis di Lauhul Mahfudz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hati dia juga hatimu."

MASIH ADAKAH LELAKI SOLEH DAN WANITA SOLEHAH


Sejumlah lelaki bertanya; masih adakah wanita solehah di zaman ini? Sejumlah wanita bertanya; masih adakah lelaki soleh di era ini? Kenapa tidak bertanya; sudahkah diri ini berusaha menjadi soleh dan solehah? Kerana jika kita sudah berusaha menjadi soleh dan solehah, maka kita akan yakin yang soleh dan solehah itu masih wujud dan akan menjadi masih ramai lelaki soleh dan wanita solehah jika setiap dari kita terhitung menjadi salah satunya. Insya'Allah...

KADANG-KADANG KITA...

Kadang-kadang kita TERLUPA, kita jauh daripada Allah. LALAI dalam menjaga HUBUNGAN kita dengan-Nya sebab itu JANGAN DITANYA kenapa kita LEMAH saat DERITA menimpa, kerana kita rasa BANTUAN itu tiada daripada-Nya. UBATNYA adalah MENDEKAT, biarlah dahi kepada bumi melekat dengan sujudmu yang penuh BERKAT. KELUARLAH daripada kepompong DOSA, supaya dirimu dapat TERBANG bebas dalam taman-taman SYURGA. Insya'Allah...