Wednesday 8 August 2012

RESEPI PIZZA MEGGI

Bismillahirrahmanirrahim..

 Sudah lama tidak mengupdatekan bicaraku di blog "Bicara Kehidupan", maklum la.. bz dengan keja sekarang nie. Jadi tak ada masa la.. nak update ceritaku disini, he3. Erm.. disini saya ingin berkongsikan resepi yang paling ringkas yang pernah saya belajar dari adik, setengah orang kata pizza meggi dan ada setengah orang kata matabak meggi. Ah! pada saya sama je resepinya cuma nama je lain-lain, hu3. Nak dijadikan ceritanya ramadhan ke-18 pada 7.8.2012, malam tu la.. buatnya pizza meggi kari pedas buatan saya. he3. 

 Bahan-bahannya ialah; 3 biji telur, meggi perisa kari (ikut suka hati nak beli perisa kari yang biasa ataupun yang pedas punya), sayur campur dan sosej. 

 Cara-caranya pula ialah; pecahkan 3 biji telur tadi bersama perencah meggi kari pahtu kacau dengan rata, lepas tu masukkan air ke dalam periuk untuk didihkan meggi tu dalam beberapa minit pahtu panaskan kuali dan tuangkan minyak sedikit dan masukkan telur bersama perencah meggi pahtu masukkan sayur campur dan sosej sedikit untuk permulaan pertama dan masukkan pula meggi kari tadi diatasnya dengan rata dan masukkan sekali lagi sayur campur dan sosej sedikit ke atas meggi kari dengan ratanya dan balikkan telur tu andai kata sudah masak dibawahnya, jangan sampai hangus sudah. hu3. Haa.. bila dah masak, maka makan la.. pizza meggi tu dengan mulai bismillah. 

Sekian sahaja resepi yang paling simple nie, selamat mencuba. he3.