Friday, 13 July 2012

5 PESANAN BUATMU WAHAI DIRI

 1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.

4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.

5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM dan BERLALU PERGI.

BUKAN KERANA...

 Bukan kerana hari ini INDAH kita BAHAGIA,
tapi kerana kita BAHAGIA,
hari ini menjadi INDAH.

Bukan kerana tidak ada RINTANGAN kita menjadi OPTIMIS,
tapi kerana kita OPTIMIS,
RINTANGAN menjadi tidak terasa.

Bukan kerana MUDAH kita YAKIN BOLEH,
tapi kerana kita YAKIN BOLEH,
maka semuanya menjadi MUDAH.

Bukan kerana semua BAIK kita TERSENYUM,
tapi kerana kita TERSENYUM,
maka semua menjadi BAIK.

Tidak ada hari yang menyulitkan,
kecuali kita SENDIRI yang membuatnya SULIT.

WAHAI DIRI YANG LUPA

 Wahai hati yang sedang merintih,
wahai hati yang sedang merana,
wahai hati yang sedang meratap hiba,
wahai hati yang sedang berduka,
jangan bersedih,
selepas kesusahan ada kesenangan.

Wahai mata yang basah,
wahai mata yang mengalirkan airmata,
wahai mata yang sedang menangisi nasib,
wahai mata yang menahan siksa,
usah menangis,
Allah sentiasa ada untukmu.

Wahai diri yang lemah,
wahai diri yang suka memberi alasan,
wahai diri yang lalai,
wahai diri yang sombong lagi bongkak,
wahai diri yang bermalas-malasan,
wahai diri yang terlalu cintakan dunia.


Wahai diri yang lupa janji-janji Tuhan-Nya,
wahai diri yang lupa mengumpul amal,
wahai diri yang lupa Syurga dan Neraka,
wahai diri yang lupa siapa Tuhan-Nya,
wahai diri yang lupa dirinya cuma hamba.

Sedarlah,
usia kian singkat,
mati kian mendekat.

Friday, 8 June 2012

AKU HANYA SEORANG...

Aku hanya seorang MUSLIMAH yang pernah merasa GAGAL untuk menjadi seorang muslimah yang BAIK tapi aku YAKIN akan ada cahaya yang TERANG dalam hidupku jika aku ingin MERUBAH dan kembali pada-Nya.

Aku hanya seorang HAMBA yang selalu berbuat KESALAHAN tapi hamba yang cepat mengakui kesalahan adalah seseorang yang BERANI dan berusaha ingin berubah untuk menjadi LEBIH BAIK lagi.

SAMBUTLAH CINTA ALLAH

"Sambutlah cinta Allah yang sentiasa dicurahkan pada hamba-Nya."

BAK KATA PEPATAH ARAB

Bak kata pepatah Arab; "Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.''

TERSENYUMLAH MESKIPUN PERIT

Kadangkala kita menangis akan sebuah kehilangan,
seolah-olah kita sudah tiada apa-apa,
tapi benarkah kita kehilangan segala-galanya?
seringkali kita meratapi sebuah kedukaan,
seolah-olah kita tidak pernah mengecapi kebahagiaan,
tapi benarkah hidup kita hanya ada derita?
yang pergi biarkan pergi,
yang hilang pasti berganti,
jangan berlebihan menangisi,
usah terlalu meratapi.

Lihat pada dirimu,
pandang pada sekelilingmu,
masih ada banyak sebab untuk dirimu tersenyum,
sedangkan mungkin hanya ada satu alasan untukmu menangis.

Lalu pilihlah untuk tersenyum hari ini,
kerana semalam tidak akan dapat kembali,
namun hari ini ada harapan yang masih menyinari,
insya'Allah! tersenyumlah meskipun perit.