Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah
selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami
lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T
tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua
perkara saja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan
umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini
diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan
dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah
melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh
Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak
dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan
antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan
(telah ditolak).
Apa
yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh
antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri,
orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita
melihatnya?
No comments:
Post a Comment