CINTA DAN SAYANG
Kadangkala kita rasa sendirian walaupun kita berteman,
kadangkala kita rasa kesunyian walaupun kita ada rakan,
kadangkala kita rasa keseorangan walaupun kita pun mempunyai kawan.
Kehidupan bukan seindah sebuah mahligai,
bukan setenang air di laut,
bukan sejernih titisan embun,
ianya penuh dengan dugaan dan halangan,
ianya juga memerlukan kesabaran dan ketabahan.
Namun,
itulah kehidupan yang memberikan berjuta pengalaman yang memberikan beribu kenangan,
tapi sebuah kehidupan akan menjadi indah dengan sebuah pengertian,
pengertian adalah hakikat dua rasa iaitu cinta dan sayang.
No comments:
Post a Comment