"Ya Allah... kurniakanlah kepada kami lidah yang lembut basah kerana mengingati dan menyebut namu-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu dan tubuh badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu".
Thursday, 23 February 2012
ISTERI SOLEHAH PENYEJUK MATA
"Ustaz, saya ingin menjadi seorang isteri yang dapat membahagiakan suami dan hidup diredhai Allah. Saya ingin meminta pendapat, bagaimanakah cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia dan diberkati?."
Maka Ustaz Azhar Idrus ( Original ) memberikan perincian berikut sebagai jawapan kepada soalan di atas;
1. Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
2. Isteri yg sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
3. Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka.
4. Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan dengan perintah agama.
5. Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
6. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami.
7. Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir.
8. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suaminya tidak mampu menunaikan.
9. Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau pun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan tabah dan sabar. Taat pada perintah Allah dan rajin beribadat.
10. Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.
11. Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.
12. Isteri yang sentiasa menghias diri apabila di hadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami.
13. Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluannya sendiri.
14. Isteri yang sentiasa bersikap malu kepada suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
15. Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu sewaktu hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suaminya pulang.
(Petikan dari buku; "anda bertanya Ustaz Azhar Idrus menjawab berkenaan permasalahan semasa").
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment