KEKADANG KITA
Kekadang kita terlalu banyak merancang,
namun tanpa kita sedari dalam banyak merancang,
kita terlupa pada usaha dan ikhtiar yang sepatutnya dalam kehidupan.
Kekadang juga kita terlalu banyak menyemai harapan dan impian,
namun tanpa kita sedari dalam banyak meletakkan harapan dan impian,
kita kurang memohon dan berdoa kepada-Nya untuk diperkenankan.
Kekadang kita terlalu banyak berfikir menggunakan minda,
namun tanpa kita sedari dalam banyak kita berfikir di dunia,
kita kurang bertawakal kepada Yang Maha Esa.
Kekadang kita terlalu banyak risau dan bimbang dengan ujian dan dugaan yang melanda,
namun tanpa kita sedari bahawa ujian dan dugaan itu adalah tarbiyyah secara langsung dari Allah untuk kita di dunia.
No comments:
Post a Comment