Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya
mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang
kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada
di dalam kelompok lebah.
Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah
Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah;
"Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik", tapi kami hendak bertanya
mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala
suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah;
"Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul
dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu
terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada disamping
kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan
Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim".
Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet. Aku lebih suka
mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di
antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan
surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan
Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah
kerana itu teguhkan pendirian kamu!.
Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?", jawab
Rasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun,
satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya
seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika
sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang
?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.
Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan
ditiup angin.
Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman
kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala
perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan.
Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan.
Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam
keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup
makan.
Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman
kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari
mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua
kekayaan mereka. Kemudian katanya; "Keluarkan perbendaharaanmu!" maka
keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal
seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.
Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan
pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di
lempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubh yang terbelah
itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri
sambil ketawa.
Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah
Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah
dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian
berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan
kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan
daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh
mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati.
Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan
mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid
(sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut.
Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan
Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya
di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. "Aku akan mengelurkan
hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu
selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit", lalu Allah Taala
mengeluarkan Ya'juj dan Ma'juj.
Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati
telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang
pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; "Sesungguhnya dahulu ada air
di sini". Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah
kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang
kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).
Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga
Allah Taala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka Allah s.w.t
mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan
sehingga mereka mati semuanya.
Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak
sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai
busuk. nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga
sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t
mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai
tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t.
Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah
liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan
seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; "Tumbuhkan
tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!"
Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan
mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah,
sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup
untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga
terdekat.
Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah
mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah
roh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang-orang jahat
belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu
terjadilah hari kiamat.
Dipetik dari buku "Himpunan Cerita-Cerita Wanita dan Laki-Laki Dalam
Al-Quran dan Hadis", Jilid 1, masa. 52. © Hakcipta Terpelihara 1991,
Syarikat Nurulhas.
No comments:
Post a Comment