"Ya Allah... kurniakanlah kepada kami lidah yang lembut basah kerana mengingati dan menyebut namu-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu dan tubuh badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu".
Saturday, 25 February 2012
MENJADI BIDADARI DUNIA DAN AKHIRAT
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..."
Pernahkah terlintas dalam hatimu ya ukhti saudariku muslimah untuk menjadi bidadari di dunia dan di akhirat? Pernahkah membayangkan betapa cantik dan anggunnya ia, menjadi incaran dan simpanan hamba-hamba Allah yang soleh dan bertakwa? Tidakkah hati kita tergerak untuk meraihnya? Wanita-wanita Syurga disebut sebagai bidadari, yang terbagi dari dua iaitu bidadari yang Allah s.w.t ciptakan langsung sebagai bidadari (sudah ditempatkan di Syurga) dan wanita-wanita mukmin yang ada di bumi (yang kelak bila masuk Syurga menjadi bidadari). Dalam buku Tamasya ke Syurga, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dijelaskan; Bidadari-bidadari itu adalah wanita suci yang menyenangkan dipandang mata, menyejukkan dilihat dan menenteramkan hati setiap pemiliknya. Rupanya cantik jelita, kulitnya mulus. Ia memiliki akhlak yang paling baik, perawan, kaya akan cinta dan umurnya sebaya. Di dalam Syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang sopan menundukan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka. Tidak pula oleh jin ( QS.Ar- Rahman : 16). Lalu, siapakah orang yang akan sangat beruntung mendapatkannya? Siapa lagi kalau bukan orang-orang yang syahid kerana berjihad di jalan Allah, orang-orang yang tulus dan ikhlas membela agama Allah. Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada di tempat yang aman, di dalam taman-taman dan mata airmata air. Mereka memakai sutera halus dan sutera tebal (duduk) berhadap-hadapan, demikianlah dan kami jodohkan mereka kepada bidadari-bidadari bermata jeli. ( QS. Ad-Dukhan : 51-54 ). Seiring dengan datangnya Islam ke bumi sebagai Rahmatan lil’alamiin, turun juga bidadari-bidadari, dia berwujud manusia yang berhati lembut, menyenangkan dan menyejukkan bila dipandang mata serta menenteramkan hati setiap pemiliknya.
Dialah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya, Allah telah menetapkan beberapa wanita mulia sebagai penghuni Syurga dan penghulu (pemimpin) para bidadari, mereka adalah; Asiyah Sebagai isteri Fir’aun (raja yang sangat dizalim), ia mampu mempertahankan aqidah yang dibawa oleh Nabi Musa, ia tidak tergiur dengan harta, kemewahan, tahta dan kekuasaan. Doa yang selalu ia panjatkan; " Ya Rabb-ku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fi’raun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang dizalim." (QS At-Tahriim : 11). Ia juga teguh memegang keyakinannya pada Allah semata walapun Fir’aun tak hentinya menyeksa, sesaat sebelum syahid menjemput; ia tersenyum melihat malaikat-malaikat langit turun mendatanginya dan mengajaknya menuju rumah di sisi Rabbnya di Syurga.
Maryam lahir dari keluarga pemuka agama Bani Israil, Maryam yang oleh orang tuanya diharapkan lahir laki-laki telah dinazarkan untuk diserahkan kepada Baitul Maqdis dan berkhidmat kepada agama Allah. Hidupnya dijalani dengan penghambaan yang utuh kepada Allah s.w.t, ia tak pernah menyesali sesuatu yang tidak pernah dimiliki dan menerima dengan lapang hati takdir Ilahi.
Siti Khadijah wanita mulia yang penuh keikhlasan dalam mendermakan seluruh kekayaanya untuk dakwah Rasulullah s.a.w demi tegaknya Islam, begitu tinggi kedudukan beliau di sisi-Nya sampai sudah disiapkan untuknya sebuah istana dari permata nan sejuk dan damai di Syurga. "Ia beriman padaku ketika semua manusia ingkar; ia membenarkanku ketika seluruh manusia mendustakan; ia membantuku dengan hartanya ketika semua manusia menahan harta mereka". (HR Ahmad).
Fatimah yang tumbuh dan berkembang dalam binaan langsung dari ayahanda Rasul yang baik, lemah lembut dan terpuji menjadikannya seorang gadis yang juga penuh kelembutan, berwibawa, mencintai kebaikan dan akhlak terpuji meneladani sang ayah. Rasulullah s.a.w pun menisbatkannya sebagai wanita penghulu Syurga, setiap wanita berpeluang menjadi bidadari baik di dunia terutama di akhirat kelak. ASALKAN: Ia adalah wanita yang paling taat kepada Allah, ia sentiasa menyerahkan segala urusan hidupnya kepada hukum dan syariat Allah. Ia menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya. Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia. Tidak hobi berdusta, bergunjing dan riya. Berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya, ia sentiasa mendoakan orang tuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya. Ia taat kepada suaminya, menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang islami. Jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan dan menenteramkan bila berada didekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkanya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan dan memotifasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah. Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu dan bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah dan ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya. Ia bermanfaat di lingkungannya. Pengabdianya kepada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menyeru manusia kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya. Dialah bidadari bumi, dialah wanita solehah yang keberadaan dirinya lebih baik dan bererti dari seluruh isi alam ini. Bahkan bidadari Syurga pun cemburu kepadanya. Rasulullah s.a.w bersabda; "Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah". (HR Muslim). Ya ukhti fillah; jika kita bersabar dan istiqamah, maka insya'ALLAH! kita akan mendapat pertolongan dan kasih sayang-Nya sehingga kita menjadi salah satu bidadari itu. Janganlah merasa gundah kerana sulitnya jalan yang kita lalui dan apabila kita sudah mencapai predikat wanita solehah semua itu kerana atas bimbingan Rabb kita, bersyukurlah dan jangan sekali-kali kita takabur ( sombong). Ingatlah selalu firman-Nya; "Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah". ( QS.Hud : 88). Oleh kerana itu; wahai sahabat saudaraku para ikhwan, janganlah salah memilih pasangan hidup. Pilihlah wanita solehah untuk dijadikan sebagai isteri, pendamping hidup dan sebagai calon ibu bagi anak-anak kalian. Ya Allah; jadikanlah kami, ibu kami, kakak dan adik kami serta wanita-wanita di sekeliling kami menjadi bidadari di dunia dan akhirat, aamiin..
Demikianlah sahabat saudaraku fillah, semoga untaian ini bermanfaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment