Thursday, 23 February 2012

PANGGILAN 1, 2 & 3

❀ Panggilan pertama adalah ketika AZAN, itu adalah panggilan Allah Swt yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah s.w.t.

❀ Panggilan yang kedua adalah Panggilan UMRAH/HAJI, panggilan ini bersifat halus. Allah s.w.t memanggil hamba-hamba-Nya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran'. Hamba yang satu mendapat peluang yang berbeza dengan hamba yang lain, jalannya bermacam-macam. Yang tidak mempunyai wang jadi mempunyai wang, yang tidak merancang ternyata akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul perancangannya.

❀ Panggilan ketiga adalah KEMATIAN, panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakannya, Allah s.w.t tidak memberikan tanda-tanda secara langsung dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh kerana itu, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment