Aku tak kisah kalau dia tak sayangkan aku pun,
aku tak kisah kalau dia tak cintakan aku pun,
aku tak kisah kalau dia nak abaikan aku pun,
aku tak kisah kalau dia tak mesej aku pun,
aku tak kisah kalau dia tak call aku pun,
aku tak kisah kalau dia nak lupakan aku pun,
aku tak kisah kalau dia nak kejar kehidupan dia pun,
yang aku kisah,
aku tetap sayang dan cinta dia kerana cinta-Mu.
Kadang-kadang ia membuatku bahagia,
hatiku berbunga ceria,
tetapi kadang-kadang ia turut membuatku derita,
hati terasa perit dan ngilu,
melihatnya membuatku tersenyum,
melihatnya membuatku menangis,
melihatnya membuatku berfikir,
adakah dia milikku?
Ya Ilahi..
sesungguhnya hanya pada-Mu aku bermohon,
bantulah aku,
berikan cintanya kerana cinta-Mu.
No comments:
Post a Comment