Sunday, 4 March 2012

APA SEBENARNYA KEADAAN KITA

Sebenarnya aku ini mengapa yer?
sering sangat berubah laku dengan tidak menentu,
kadang ketawa penuh berlagu hingga melebihi jangkauan batasan kelucuan,
dan tiba-tiba sahaja berarak mendung di wajah kelabu,
menjadi diri sendiri tidak mengerti,
bencana apakah yang telah menimpa diri?
 
Sebenarnya kau ini, kenapa yer?
sering sekali mengganggu ruangan hati yang sempit,
dengan permainan di sebalik warna tinta,
tanpa ada sebarang perutusan perkhabaran berita,
sekadar namaku tertera pada penulisanmu,
terlalu sukar untuk aku memahami,
kelakuan dalam bicara penamu itu terlalu abstrak,
terasa sungguh menyulitkan keadaan hati.
 
Sebenarnya keadaan kita ini apa yer?
sering sahaja bersikap begitu dan begini,
sesama kita seperti tidak mahu menghuraikan,
suatu tafsiran dari kitab hati untuk diterjemahkan,
menjadi satu baris ayat yang panjang.
 
Tetapi terfikirkah kita,
betapa lama waktu dan musim kita persiakan,
sampai bilakah kita harus meneruskan sandiwara,
di pentas kepura-puraan berpanjangan,
tanpa ada titik permulaan,
tanpa ada nokhtah pengakhir kisah.

No comments:

Post a Comment