Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka
aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah
putih.
Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak
ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari
rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak
ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam
liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya.
Kaum kerabat semuanya
kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya
kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal
perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu."
Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai
Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang
yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah
cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian
pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan
serban dari kepalanya untuk dimandikan.
Di
kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan
telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan
manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang
memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan
sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat,
"Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram
air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk
kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka
memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan,
janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh."
Apabila
telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kapan serta tempat
kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai
orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani
kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum
keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun
pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidak akan dapat
berjumpa lagi sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru,
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi
janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi
yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan
dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku
tidak lagi akan kembali untuk selama- lamanya."
Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi
Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku
mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya
hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."
No comments:
Post a Comment