Erti qiamat :
Qiamat ialah hari penghabisan alam dan hari kehancuran alam semesta
di mana satu alam baru akan diadakan, iaitu alam suci yang akan
memisahkan manusia-manusia jahat dan yang rendah budi perketinya dari
manusia yang berjiwa naik dan tinggi dan tinggi budi perketi. Golongan
pertama itu akan menerima sebesar-besar azab dan golongan yang kedua
akan menerima nikmat bahagia raya yang kekal abadi.
Perkataan qiamat pernah juga disebut di dalam aal-Quran dengan
perkataan-perkataan as-Saah yang bererti; masa yang ditetapkan,
al-Waaqiah yang bererti; peristiwa yang akan berlaku terjadi, al-Qaariah
yang bererti; perkara yang mengecutkan hati dan lain-lain.
Percaya kepada hari qiamat
Mempercayai adanya hari qiamat adalah menjadi asas utama pegangan
orang-orang Isalm dan salah satu rukun iman, sebagaimana maksud satu
hadis Nabi, 'Erti iman itu ialah bahawa kamu percaya akan adanya Allah,
malaikat-Nya dan Rasul-Nya serta percaya pula dengan adanya kebangkitan
di hari akhirat :
Qiamat mengikut ajaran islam
Kitab al-Quran dan Hadis banyak sekali menyebt tentang qiamat, di antaranya :
1. Firman Tuahan dalam surah Taha ayat 15 :
Ertinya :
Sesungguhnya qiamat itu pasti datang, tetapi sengaja aku
rahsiakan untuk diberi pembalasan kepada setiap diri menurut apa yang
mereka usahakan.
2. Sabda Nabi yang bermaksud : Qiamat tidak akan berlaku sehingga
matahari terbit dari sebelah barat. Apabila manusia melihat qiamat
mereka yang tidak beriman akan segera mengaku beriman, tapi beriman pada
masa itu tidak ada gunanya lagi bagi seseorang yang dahulunya tidak
beriman.
Demikianlah di antara kenyataan-kenyataan ayat al-Quran dan al-Hadis
tentang kemungkinan qiamat itu pada satu hari yang tidak disedari oleh
manusia, terutamanya mereka yang lupa dan tenggelam dalam kemewahan
hidup dunia.
Qiamat mengikut tinjauan sains
Ahli-ahli sains dalam masa yang akhir-akhir ini telah mengaku bahawa
bumi yang kita dialami ini pada suatu masa kelak akan berkesudahan
dengan kebinasaan dan kehancuran, berbagai-bagai ramalan telah dibuat
tentang kebinasaan yang mungkin menamatkan riwayat bumi ini, di
antaranya :
1. Bahawa mungkin pada suatu masa kelak bumi ini akan dimusnahkan
oleh sebuah bintang berekor apabila bintang itu beredar hampir dengan
bumi. Bintang berekor ini mempunyai daya tarikan yang kuat sebagaimana
matahari. Oleh sebab itu bila bintang ini menghampiri kawasan peredaran
bumi maka bumi ini akan ditarik oleh daya tarikannya yang kuat itu
sehingga menyebabkan terjadi satu gempa bumi yang benar memusnahkan
segala makhluk yang hidup di dalamnya. Atau pun boleh jadi bintang itu
akan menyimpang dari ril peredarannya lalu terus melanggar bumi,
menyebabkan berlaku satu perlagaan yang maha dahsyat dan mengakibatkan
berlaku kemusnahan seluruh makhluk di dalamnya.
2. Di antara ahli-ahli atsronomi meramalkan bahawa bulan yang
mengelilingi bumi ini mungkin akan melayang gugur apabila proses
keligatan pusingannya mengelilingi bumi menjadi lemah dan tidak ada daya
untuk berkeliling lagi. Pada masa itu ia akan melayang jatuh ke bumi
dan akan berlaku kebinasaan yang maha dahsyat dan akan menamatkan kisah
bumi ini.
3. Selain daripada itu ada pula yang berpendapat bahawa
bintang-bintang yang bertaburan di angkasa raya itu tak ubah seperti
kejadian-kejadian yang hidup di muka bumi ini juga, iaitu sama-sama
tertakluk kepada undang-undang hidup atau mati. Hal ini dapat disaksikan
daripada cahaya-cahaya letupan di angkasa yang dapat dilihat
seakan-akan mercun yang meletus terbakar dan kemudiannya cahaya itu akan
perlahan-lahan malap dan terus hilang sebagai menandakan bahawa bintang
itu sudah tidak ada lagi.
Kalau demikian halnya dengan bintang-bintang yang ada maka matahari
juga akan menemui nasib kemusnahan yang sama, kerana ia juga salah satu
daripada bintang-bintang yang banak itu. Dan sekiranya pada suatu masa
kelak matahari telah meletup, maka bukan sahaja bumi yang akan hancur,
bahkan seluruh planet lain yang beredar di sekililingnya akan turut
hancur berkecai. Pada masa itu padamlah riwayat manusia dan alam
seluruhnya - itulah qiamat.
Demikianlah di antara ramalan-ramalan ahli sains tentang kemungkinan
berlakunya qiamat. Dan dari ramalan-ramalan itu lahir satu kesimpulan
yang penting, iaitu ahli-ahli sains telah insaf tentang kemungkinan
berlakunya kemusnahan alam atau yang disebut qiamat ini.
Hakikat qiamat
Berdasarkan keterangan-keterangan ayat Al-Quran dan Al-Hadis, juga
kepada ramalan-ramalan ahli sains itu, maka jelaslah bahawa qiamat itu
satu konsep yang dapat diterima oleh akal dan ia pasti akan berlaku.
Cuma di sana ada beberapa perbezaan di antara gambaran Al-Quran
dengan gambaran ahli sains, qiamat yang digambarkan oleh Al-Quran
bukanlah tertentu dengan cara yang digambarkan oleh ahli sains sahaja,
kerana qiamat itu akan diletuskan oleh Allah pada bila-bila masa yang
ia kehendaki dengan tidak payah menunggu sampai matahari itu tua dahulu
atau sampai bulan hilang keligatannya yang ada sekarang. Bahkan qiamat
itu akan berlaku secara tiba-tiba sahaja sehingga tidak disangka oleh
manusia.
Tegasnya qiamat yang digambarkan oleh Al-Quran itu adalah satu
peristiwa yang sudah dipelan dan diatur oleh Allah, guna mengadakan satu
pengadilan umum dalam sebuah alam yang baru - alam akhirat.
No comments:
Post a Comment