Nabi
Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT
memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat
kelak. Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi
Musa AS kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah
difirmankan Allah SWT kepadanya.
Ahli ibadah itu terkejut. Dengan
perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli
ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai
terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan
orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan
mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka
kelak di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi
Musa AS kembali.
Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku
rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku
meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan
ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga
seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang
pun akan masuk ke dalamnya".
Nabi Musa AS menyampaikan
permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang
disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurgaku yang paling tinggi".
No comments:
Post a Comment