Diriwayatkan
bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar
yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan
[Wada'].
Pada
masa itu Rasulullah SAW berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini
turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati
isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah
SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk
perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril AS dan berkata:
"Wahai
Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan
agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan
demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para
sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari
terakhir aku bertemu dengan kamu."
Setelah
Malaikat Jibril AS pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan
terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah SAW mengumpulkan para
sahabat beliau, maka Rasulullah SAW pun menceritakan apa yang telah
diberitahu oleh malaikat Jibril AS. Apabila para sahabat mendengar hal
yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:
"Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna." Apabila
Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak
dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci
pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi
hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai
kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan
rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar,
apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali
keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah
sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai
para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa
kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah
sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat
tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW.
Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."
Setelah
mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka
akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan
sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang
lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang apa yang
mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya
Rasulullah SAW, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami
dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah
beliau." Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para
sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau
menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah SAW sampai di rumah
Abu Bakar ra. maka Rasulullah SAW melihat kesemua mereka yang menangis
dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata, "Ya
Rasulullah SAW, Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini
membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya
Rasulullah?." Lalu Rasulullah SAW berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".
Setelah
Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis
sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan. Sementara 'Ukasyah ra.
berkata kepada Rasulullah SAW, 'Ya Rasulullah, waktu itu saya
anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah
anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda." Rasulullah SAW berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah SAW sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah
Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan
mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah SAW?" Bilal
ra. tidak menjawab perlanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra.
memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada
Rasulullah SAW Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari
Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar dudukiah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai
'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping
Rasulullah SAW oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash
Rasulullah SAW" Lalu Rasultillah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai
'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu
Rasulullah SAW, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash
Rasulullah SAW" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SAW "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."
Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju."
Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka
baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh
Rasulullah SAW maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya
tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah SAW, siapakah yang sanggup
memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh
badan anda yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah
SWT menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka
terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun
berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar
bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan
Rasulullah SAW di dalam syurga."
Apabila ajal Rasulullah SAW makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat
datang kamu semua semoga Allah SWT mengasihi kamu semua, saya
berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT
dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara
saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya
seorang hamba kepada Allah SWT dan menempatkannya di syurga. Kalau
telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin
Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong
keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri
apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain yaman
yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan
aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu
semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan
mensolatkan aku ialah Allah SWT, kemudian yang akan mensolat aku ialah
Jibril AS, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan
yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para
pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara
berkelompok bersolat ke atasku."
Setelah
para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka
mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah
SAW anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua,
yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan
sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah
tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang
timbul nanti?." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah para
sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan
yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat
yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam saja. Yang
pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila
ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu
semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu
berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."
Setelah
Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW bermula.
Dalam bulan safar Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering
diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa
Rasulullah SAW diutus pada hari Senin dan wafat pada hari Senin. Pada
hari Senin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal ra.
menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah
SAW.
Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun
memberi salam, "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh
Fathimah ra., "Rasulullah SAW masih sibuk dengan urusan beliau."
Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra.
pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi
ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali
ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan baginda
berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin
berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh
berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata
Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil
meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."
Setelah
Bilal ra. sampai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar
tentang apa yang telah Rasulullah SAW katakan kepadanya. Abu Bakar ra.
tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka
dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh
pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat
dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra.;
"Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun
berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid."
Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu
Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid.
Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh
bersama dengan para jemaah.
Setelah
selesai solat subuh maka Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai kaum
muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan
Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan
mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan
dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di
akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka
Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan
kepada malaikat lzrail AS, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada
kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut
ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut
sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih
dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan
kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali
padaku."
Setelah
malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail
pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail
sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam,
"Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a
adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua
sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya
masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun
berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab sakitnya
yang semakin berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti
dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh
Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai
Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata,
"Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah
katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia
memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya."
Kemudian Rasulullah SAW berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah
orang itu?." Jawab Fathimah,"Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail,
malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang
memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah
serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya
lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan
berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar
tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis
wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan
bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat
lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap,
"Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW menjawab: "Wa
alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk
mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah
untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau
izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata
Rasulullah SAW, "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?"
Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat
sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril AS pun
turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah SAW.
Apabila
Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun
berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata
Jibril AS, "Ya aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril,
beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT"
Berkata Jibril AS, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para
malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu
syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti
kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu
katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS,
"Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,
"Sesungguhnya
aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum
engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki
syurga sebelum umatmu memasuki syurga."
Berkata
Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa
susahku." Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah
kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya,
apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah SAW pun berkata:
"Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril AS mengalihkan
pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau itu.
Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai
Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril AS berkata:
"Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu
dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila
ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,
"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
Ali
ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat
terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan
saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata: "Umatku,
umatku." Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa: "Malaikat Jibril AS
telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah
menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu
terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang
mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah
tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."