Wasiat 1 :
Jaga adab semasa menguap - Rasulullah s.a.w telah bersabda; Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada dia antara kamu yang menguap, maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.
Wasiat 2 :
Ikhalaskanlah amal ibadat - Rasulullah s.a.w bersabda; Sesiapa yang melakukan (satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang melakukan (satu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya.
Wasiat 3 :
Amalan amat bermakna bagi si mati - Rasulullah s.a.w bersabda; 3 perkara yang akan mengikuti mayat dan 2 daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah; kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya.
Wasiat 4 :
Berhati-hatilah dengan fitnah Dajjal - Rasulullah s.a.w telah bersabda; Perhatian! Aku akan menceritakan kepada kamu tentang Dajjal apa yang belum diceritakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah matanya. Dia akan datang membawa bersamanya seperti Syurga dan Neraka. Syurga akan didakwa oleh Dajjal itu sebenarnya adalah Neraka. Aku akan memperingatkan kamu (dalam masalah Dajjal) sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kaumnya.
Wasiat 5 :
Teruslah berusaha mencari hari kemenangan orang mukmin - Rasulullah s.a.w bersabda; Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah muslimin memerangi orang Yahudi. Para muslimin memerangi mereka menyebabkan orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka batu atau pokok berkata; Wahai para muslimin! Wahai hamba Allah! Ada Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini dan bunuhlah dia melainkan pokok yang berduri, kerana pokok itu adalah di antara pokok kaum Yahudi.
Wasiat 6 :
Anggaplah Syurga adalah idaman dan Neraka adalah Ancaman - Rasulullah s.a.w bersabda; Apabila seseorang itu mati, akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan petang. Sekiranya dia dikalangan ahli Syurga, akan diperlihatkan kepada Syurga. Sekiranya dia dari kalangan ahli Neraka, akan diperlihatkan kepadanya Neraka. Diberitahu kepadanya; Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh Allah pada hari Kiamat.
Wasiat 7 :
Pada hari Kiamat nanti manusia terlalu sibuk - Diriwayatkan dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; Pada hari Kiamat manusia akan dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan belum berkhatan. Aku bertanya; Wahai Rasulullah! Adakah kamu lelaki dan wanita akan melihat di antara satu sama lain? Baginda bersabda; Wahai Aisyah! Urusan ketika itu lebih penting dari memandang kepada orag lain.
Wasiat 8 :
Kenikmatan Syurga tidak terhitung - Rasulullah s.a.w bersabda; Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat sebatang pokok yang akan dilalui oleh orang yang berkenderaan di bawah teduhannya selama seratus tahun tanpa melepasinya.
Wasiat 9 :
Tabah menghadapi ujian Allah - Rasulullah s.a.w pernah bersabda; Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman. Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang.
Wasiat 10 :
Hindarilah kemurkaan Allah dan jauhilah kemarahan orang mukmin - Rasulullah s.a.w bersabda; Allah s.w.t adalah Pemurka dan orang yang beriman juga adalah pemarah. Allah s.w.t akan murka terhadap orang mukmin apabila melakukan perbuatan haram.
Wasiat 11 :
Fitnah kaum wanita sangat hebat - Rasulullah s.a.w bersabda; Tidak ada fitnah yang paling membahayakan kaum lelaki selepas zaman aku kecuali fitnah dari kaum wanita.
Wasiat 12 :
Berdoalah tanpa berputus asa - Rasulullah s.a.w bersabda; Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru sehingga dia berkata; Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.
Wasiat 13 :
Ingatlah malaikat dan syaitan berada di sekeliling kamu - Nabi s.a.w bersabda; Jika kamu mendengar ayam berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah s.a.w kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat Malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah s.a.w dari godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.
Wasiat 14 :
Jangan brdoa kerana mengharapkan kematian - Rasulullah s.a.w bersabda; Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati kerana ditimpa sesuatu kesulitan. Sekiranya dia berada dalam keadaan yang mengharuskan dia berbuat demikian, bolehlah dia berkata; Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku. Akan tetapi sekiranya mati itu lebih baik bagiku, matikanlah aku.
Wasiat 15 :
Janganlah berdoa seolah-olah Allah s.w.t itu bersifat kedekut - Rasulullah s.a.w bersabda; Apabila kamu berdoa, maka hendaklah kamu berazam serta benar-benar memohon Allah s.w.t dan janganlah berkata; Ya Allah, jika Engkau kehendaki maka perkenankanlah kepada aku kerana sesungguhnya Allah itu bukanlah kedekut.
Wasiat 16 :
Carilah erti kekuatan sebenar - Rasulullah s.a.w bersabda; Kekuatan itu tidak dibukti dengan kemenangan bertumbuk. Tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah.
Wasiat 17 :
Sesungguhnya setiap orang mukmin itu bersaudara - Rasulullah s.a.w bersabda; Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit.
Wasiat 18 :
Di sebalik kesusahan itu ada hikmah yang banyak - Rasulullah s.a.w bersabda; Setiap musibah yang ditimpa ke atas orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya.
Wasiat 19 :
Wujudkanlah kasih sayang antara sesama muslim - Rasulullah s.a.w bersabda; Jangan kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari 3 hari lamanya.
Wasiat 20 :
Jangan sekali-kali mencela diri - Rasulullah s.a.w bersabda; Janganlah salah seorang daripada kamu berkata; Celaka sekali aku, akan tetapi sebaliknya hendaklah berkata; Susah sekali aku.
Wasiat 21 :
Jauhilah segala jenis zina - Nabi s.aw bersabda; Allah s.w.t telah mencatit bahawa anak Adam cenderung terhadap perbuatan zina. Keinginan tersebut tidak dapat dielakkan lagi, di mana dia akan melakukan zina mata dalam bentuk pandangan, zina mulut dalam bentuk pertuturan, zina perasaan iaitu bercita-cita dan berkeinginan mendapatkannya manakala kemaluanlah yang menentukannya berlaku atau tidak.
Wasiat 22 :
Tanamkanlah sikap lemah lembut - Rasulullah s.a.w bersabda; Wahai Aisyah! Sesungguhny Allah itu Maha Lembut, Di suka akan kelembutan, Allah akan memberikan balasan dari kelembutan yang tidak diberikan ke atas sikap keras dan kasar serta selainnya.
Wasiat 23 :
Jangan berlebihan ketika makan - Nabi s.a.w bersabda; Orang mukmin itu mkan dengan satu usus manakala orang kafir makan dengan tujuh usus.
Wasiat 24 :
Wajib taat kepada pemimpin adil - Nabi s.a.w telah bersabda; Wajib ke atas setiap orang muslim mendengar serta taat kepada arahan samada dia suka atau tidak kecuali dia diperintahkan supaya melakukan maksiat. Sekiranya dia diperintahkan supaya melakukan maksiat maka janganlah dia dengar dan mentaatinya.
Wasiat 25 :
Nazar adalah dari orang yang bakhil dan sedekah dari orang yang ikhlas - Rasulullah s.a.w telah bersabda; Janganlah kamu bernazar kerana nazar itu tidak dapat menolak sedikit pun takdir, ia hanyalah untuk mengeluarkan sesuatu dari yang bakhil.
***********************************************************************
Rasulullah bersabda;
Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan tersekat-sekat ketika mebaca Al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca Al-Quran, maka dia berhak mendapat 2 pahala. (H.R. Bukhari & Muslim).
No comments:
Post a Comment