AIRMATA SEORANG WANITA
Airmata seorang wanita,
andai mengalir kerana kecewa dengan cinta lelaki,
maka hilanglah sifat taqwanya.
Airmata seorang wanita,
andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
maka hilanglah sifat keredhaannya.
Airmata seorang wanita,
andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
maka terbitlah sifat penyayangnya.
Airmata seorang wanita,
andai mengalir kerana terluka,
maka hilanglah sifat ketabahannya dalam mengharungi ranjau kehidupan.
Airmata seorang wanita,
andai mengalirnya kerana takutkan Allah s.w.t,
maka bergembiralah,
kerana airmata yang sedikit itu mampu,
memadamkan api neraka kelak.
Jadikanlah taqwa itu bak pakaianmu,
nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia,
meskipun pakaianmu tertampal,
jadikanlah rasa malu sebagai hijabmu,
nescaya engkau akan menjadi wanita paling anggun di dunia,
meskipun anda tidak berkasut.
P/S; "kuharapkan keredhaan-Mu dan kuterima apa jua ujian yang Dia berikan padaku".
No comments:
Post a Comment