BERSAHABATLAH KERANA-NYA
Apabila berteman,
jangan mengharapkan keistimewaannya,
kerana engkau mungkin membenci tatkala ketemu kelemahannya,
Apabila berkawan,
jangan mengimpikan kesempurnaanya,
kerana engkau mungkin mencela andai terlihat kecacatannya.
Apabila bersahabat,
jangan bersandarkan harta miliknya,
kerana engkau mungkin menghindar tatkala dia dihimpit kemiskinan.
Tetapi berukhwahlah kerana Allah s.w.t,
nescaya akan lahir persahabatan yang tulus,
yang dengannya akan saling berkongsi kenikmatan,
yang dengannya akan saling mendokong kesulitan,
yang dengannya akan saling menasihati kepada kebaikan,
yang dengannya akan saling melengkapi tiap-tiap kekurangan dengan kelebihan yang dimiliki,
demi mendambakan redha Ilahi.
No comments:
Post a Comment