Wednesday, 22 February 2012

IBU



Semasa kecil,
kita dijaga,
dengan sepenuh kasih mesra,
dibelai dimanja,
tidak terhingga,
seperti anak emas yang berharga.

Menjaga kita, 
setiap hari, 
sehingga berjalan, 
seterusnya berlari, 
tidak jemu melatih diri, 
agar kita dapat berdikari.

Didikan diberikan, 
hingga dewasa, 
agar diri pandai, 
kasih sayang tidak dilupa, 
semoga menjadi orang berguna.

Ingatlah wahai adik-adikku, 
membantu ibu, 
janganlah jemu, 
sebagai anak, 
itulah tugasmu, 
semoga hidupmu diberkati selalu.

No comments:

Post a Comment