Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih
yang lebih ngeri daripada putus cinta, orang yang putus cinta sering
kali berakhir dengan airmata.
Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya,
soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya
merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita, soal hati tiada
undang-undang. Apatah lagi paksaan.
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia
tidak berbalas. Sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan, cinta
tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai
diri orang lain, itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita
cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah
mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang
lain.
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar, cinta akan hidup
bersama dengan waktu. Apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil
mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya
pergi. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada di sisi kita.
No comments:
Post a Comment