Saat ini,
tika ini,
aku benar-benar dalam kebuntuan,
hatiku resah,
jiwaku gundah,
aku buntu,
aku keliru,
perasaan ini sukar untukku mengerti,
naluri ini sukar untukku fahami,
aku takut aku akan terleka,
aku takut aku akan teralpa,
kerana aku hanyalah insan biasa,
yang punya banyak kelemahan,
yang punya banyak kekurangan,
aku terasa lemah dan lelah,
menghadapi fitrah yang Kau kurniakan,
kadang ia membuatku bahagia,
hatiku berbunga ceria,
tetapi kadang ia turut membuatku derita,
hati terasa perit dan ngilu,
melihatnya membuatku tersenyum,
melihatnya membuatku berfikir,
adakah dia milikku?
Ya Ilahi..
sesungguhnya hanya pada-Mu aku bermohon,
bantulah aku,
berikan cintanya kerana cinta-Mu.
No comments:
Post a Comment