sesungguhnya aku amat menghargai fitrah yang Kau kurniakan padaku,
sesungguhnya ia teramat indah dan mempesonakan.
Tetapi,
adakah fitrah ini milikku selamanya?
adakah fitrah ini akan menemaniku melalui perjalanan hidupku?
Dan,
adakah fitrah ini akan bersamaku di syurga-Mu?
Kau adalah pemilik sekeping hatiku,
aan Kau menciptakannya untuk memiliki secebis dari sekeping hatiku,
tanpa secebis hatiku ini,
aku akan menjadi lemah kuatkanlah aku,
tanpa secebis hatiku ini,
aku akan merasa lelah sembuhkanlah aku,
dan tanpa secebis hatiku ini,
aku akan merasa keseorangan temanilah aku,
secebis hatiku ini adalah miliknya fitrah yang Kau kurniakan padaku,
jadikanlah dia pemilik secebis hatiku ini untuk selamanya dunia dan akhirat,
kerana aku amat menyayanginya,
kerana aku ingin menjadi tulang rusuk kirinya,
kerana aku ingin menjadi isteri solehah untuknya.
No comments:
Post a Comment