"Wahai
ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku
untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah
berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan
tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."
Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah
mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat
berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga
bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang
Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah berkata, "Wahai
anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang
baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."
Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."
Khaitsamah
tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga
terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus
turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.
Setelah
itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah
tidak mengizinkannya. Hanya saja Rasulullah akhirnya mengizinkannya
setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah,
aku sekali terjun dalam perang Badar.
Lantaran inginnya aku harus
mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia
yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya
anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan
aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu
untuk menemaninya di Syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin
berjumpa dengan Tuhanku."
Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di Syurga.
No comments:
Post a Comment