Suatu
ketika tatkala Rasulullah S.A.W sedang bersiap di medan perang Uhud,
tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama
Amar bin Thabit telah datang menemui baginda. Dia rupanya ingin masuk
Islam dan akan ikut perang bersama
Rasulullah S.A.W. Amar ini berasal
dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah
tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan
mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliah menonjol dalam
jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya
menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.
Kaum
Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-
tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya
sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini
dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera
menemui Nabi S.A.W, menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut
berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Nabi S.A.W.
Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.
Nabi
S.A.W menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira., tambah pula
rela akan maju bersama Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi orang ramai tidak
mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan
bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui
keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan.
Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang
luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak
dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar !"
Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia
masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalu mengikut
saja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu
berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, lalu
aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah akan memberikan
syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi."
Amar
meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Ilahi sebagai pahlawan syahid.
Waktu hal ini diketahui Rasul S.A.W, maka baginda pun bersabda, "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan
kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub,
sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak
mengetahui hadis Nabi S.A.W berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."
No comments:
Post a Comment