Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
1. Asap
2. Dajjal
3. Binatang melata di bumi
4. Terbitnya matahari sebelah barat
5. Turunnya Nabi Isa A.S
6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7. Gerhana di timur
8. Gerhana di barat
9. Gerhana di jazirah Arab
10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajal
maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak
Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajal boleh membuat apa saja
perkara-perkara yang luar biasa.
Dia akan mendakwa dirinya Tuhan,
sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap
akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila
orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena
selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk,
asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang
melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah
dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan
jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin
Nabi Sulaiman A.S.
Apabila
binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka
akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'.
Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan
tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya
Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh
dajal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad
S.A.W.
Yakjuj
dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu
golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini
berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar
Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung
banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan
tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Hari
kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di
pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan.
Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak
zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasiq akan bersuara
lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli
haq"
Berkata
Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya
akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Quran hanya
dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu
sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk
pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan
fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut
adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila
harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan
pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat
dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki
taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan
menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum
dipilih dari orang yang fasiq, orang dimuliakan kerana ditakuti akan
tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka
kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."
No comments:
Post a Comment