Monday 27 February 2012

ALHAMDULILLAH! SYUKUR DENGAN NIKMAT YANG KAU BERIKAN PADAKU

Bismillahirrahmanirrahim..
Semalam lagi tak sihat tapi tetap sabar je, mungkin banyak berfikir dan termenung kut sejak kebelakangan nie. Pagi tadi tak dapat teman kawan yang berjanji semalam sebab tak larat sangat tika tu, saya harap dia memahami saya. Apapun ujian yang Allah berikan, saya rela dan terima kerana disebaliknya ada hikmah. Makin kita diuji oleh-Nya, maka kita dekatkan diri kita pada-Nya. Dia lebih Mengetahui apa yang Allah lakukan pada hamba-Nya, jadi perbanyakkanlah berdoa dan perdekatkan lagi diri kita pada-Nya. Insya'ALLAH! Dia akan mengembalikan keceriaan kita semula, mudah-mudahan doa kita sentiasa diberkati.

Alhamdulillah! petang tadi kawan ajak keluar untuk ke Pangkalan Kubor, beli barang sikit kat sana. Saya keluar nie pun tika ada urusan je, bukan keluar sesuka hati. Maklumlah suka terperak kat rumah, sampai orang tanya mana; "Kak Nurul?" dan emak pula yang menjawab; "ada dalam rumah duk buat kerja rumah, ada ketikanya duk dalam bilik buat kerja ngadap laptop". Itulah kerja saya kat rumah, bila selesai memasak, mengemas dan barulah saya dapat menggunakan masa untuk berehat dengan mengadap laptop. Selalunya ngadap laptop dengan lagu je, terutama lagu nasyid dan bacaan Al-Quran yang membuatkan saya hilang stress. Kekadang saya lebih suka mengaji Al-Quran dan solat hajat ataupun solat istikharah, tenang je rasa hati nie bila dapat melakukan semua tu kerana Allah.

Erm..." buka FB pun dah rasa bosan dah sekarang nie, harapkan online je tapi dah jarang sangat nak menggunakan untuk berborak dalam tu. Kekadang lebih suka buat "Hide Chat" dari "ON" tapi kekadang tu juga lebih suka ngadap Blog, mungkin nie hanya sekadar hobi saya untuk hilang rasa bosan. Syukur alhamdulillah! sebab saya masih menolong emak saya yang sedang sarat mengandung sekarang, lepas nie kenalah jadi ngasuh pula. Kalau boleh nak kerja tempat yang lama je tapi kasihan kat emak tapi apa boleh buat nie dikira tanggungjawab saya juga sebagai "Kak Long". Mungkin saya tak ada rezeki lagi untuk bekerja buat sementara nie, biarlah jaga emak dari tinggal emak seseorang.

Erm..." terlebih cerita kisah hidup saya pula, maaflah! saya menaip nie ikut je apa yang hati kata, kalau soal hati nie saya akan pendam je walaupun saya suka pada seseorang mahupun dalam kesedihan dalam bercinta kerana cinta Allah lebih Agung lagi pada saya.

Oh yer, saya nak sambung kisah petang tadi. he3. Lepas pergi Pangkalan Kubor, jadi singgahlah kejap makan ABC dan lepas tu pula pergi jejalan kat rumah kawan bapa saudara kawan saya. Tik! Tik! kena makan lagi, spageti berkuah ala-ala laksa gitu kali. ha3. Alhamdulillah! rezeki saya dan kekawan saya, makan jelah kalau orang dah jemput. Apapun hari nie saya gembira dengan lawak jenaka kekawan saya tadi dan diri nie pun rasa sihat sikit, dari sebelum nie yang rasa tak larat sesangat. Saya bersyukur sangat sebab masih ada lagi yang menyayangi saya, sayang kat Lisa dan Ana yang buatkan saya ceria hari nie. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! syukur dengan nikmat yang Kau berikan padaku ya Allah, hanya cinta Kau sahaja yang ada dihatiku sekarang.


No comments:

Post a Comment