Wednesday 22 February 2012

BERTAUBATLAH

Malam menanti,
menunggu masa tiada henti,
bulan muncul di malam hari nanti,
tiada siapa tahu saat ajal menanti,
menanti henti denyutnya nadi,
malaikat henti denyutnya nadi,
malaikat menunggu di saat mati,
azab neraka tiada henti,
hasat dengki jangan simpan dalam hati,
umur bertambah ajal mendekat,
bertaubatlah sebelum mati,
ingatlah hari kiamat menghampiri.

Dalam Syurga ada taman,
masa mati tiada teman,
amalan dunia seiringan,
masa timbang penentu masa depan,
antara kebaikan dan keburukan,
manakah jadi pilihan,
Syurga dan neraka tempat tinggal berkekalan,
semuanya bergantung pada amalan,
yang manakah jadi teladan dan sempadan,
ingatlah azab neraka tiada tertahan.

Tiupan sangkakala,
bakal mengundang bala,
baru teringat tentang pahala,
adakah kita membuat pahala?
entah ada perbuatan tercela,
tidak memikirkan dosa pahala,
bila mati menyesal mengusap kepala,
baru sibuk mahu bertaubat kepada allah taala.

P/S; "renungan untuk diri ini dan bersama..."

No comments:

Post a Comment