Friday 24 February 2012

BUATMU BAKAL ZAUJKU

 
Sekiranya... 
kita cinta kepada manusia,
tidak semestinya manusia cinta kepada kita.

Tetapi...
sekiranya kita cinta kepada ALLAH,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya...
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai.

Tetapi..
sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada-Nya.

Ya Allah...
andai dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
maka campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya cinta kepadaku kerana-Mu.

Namun...
andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang Kau berikan padaku.

No comments:

Post a Comment