Sunday 26 February 2012

ALHAMDULILLAH! BERJALAN DENGAN LANCAR

Bismillahirrahmanirrahim..
Pepagi lagi dah keluar rumah selepas solat subuh terus otw ke krusus kahwin, ehem!!! jangan salah sangka dulu. Bukan saya yang pergi tapi adik kawan saya, kebetulan nak pergi pejabat pos dan pasar juga. Bila sampai di tempat krusus kahwin tu hati saya yang berdebar-debar, macam saya pula yang nak pergi. he3. Apapun tahun nie juga saya akan ambil krusus kahwin tu, mungkin dalam bulan 4 ataupun 5 sebab dengar khabar bulan 6 akan naik harga dan mungkin jadi 3 hari krusus kahwin tu. Saya nak ambil krusus kahwin awal-awal sebab takut nanti ada halangan lain je, bukan bermaksud nak kahwin cepat-cepat tau. he3. Erm..." bab kahwin nie kenalah bersungguh-sungguh, tak boleh pakat kahwin je tanpa tahu "untuk apa kita berkahwin" sebab banyak kes cerai berai yang saya perhatikan dikalangan masyarakat kita. Kekadang saya nie jadi takut nak fikir ke arah perkahwinan, ialah siapa jodoh saya nanti; adakah dia boleh bahagiakan saya; boleh ke dia pimpin saya ke Syurga; boleh ke dia bimbing saya di dunia nie untuk jadi orang baik, boleh ke dia didik anak-anak saya jadi anak yang soleh/solehah dan banyak lagi yang saya fikirkan. Erm... walau bagaimanapun jodoh yang Dia pilihkan untuk saya, akan saya terima dengan seikhlas dan seadanya tapi biarlah orang tu mencintai saya kerana cintakan Allah. Insya'ALLAH! mudah-mudahan Allah merestui hubungan tu bila dapat disatukan dan andainya dia mencintai saya kerana nafsu, maka saya akan meninggalkannya kerana Allah. Sampai masanya saya akan berkahwin juga andainya saya ada jodoh dan kalau tak ada jodoh sekalipun, kemungkinan jodoh saya di akhirat kelak. Insya'ALLAH!

Ha... dah habis dah bab pasal krusus kahwin tu, sekarang nie nak cerita pasal lain pula la... hu3. Kebetulan saudara-mara ada buat makan-makan sikit selepas zohor sampai asar tadi dan malam nie baca Al-Quran beramai-ramai untuk arwah Mak Long saya, alhamdulillah! berjalan dengan lancar.

Ntah! apa diborak pun tak tahu, hal budak-budak kali :D


Nie saya punya la... :p

Ini jelah yang mampu saya bicarakan, soal hati saya kena pendam sikit-sikit sebab saya tak mahu mengharapkan sangat. Kalau dia benar-benar sukakan saya, dia pasti bersungguh-sungguh untuk berjumpa kedua orang tua saya. Jika kedua orang tua saya menerimanya, maka saya akan menerimanya seikhlas dan seadanya kerana Allah. Insya'ALLAH!

No comments:

Post a Comment