Setelah
fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya,
lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis
itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang
bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.
Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan
orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia
menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam
keadaan yang paling hina.
Anak
gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah.
Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya
sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut.
Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak
gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis
tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis
tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun
memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada
suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak
makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan
suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga
telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya
menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri.
Apabila suaminya
melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat
tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu
makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Setelah
si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan
kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba
terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan
kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan
sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku
memberikan kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah
gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan
kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan
asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan
kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia
fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya
dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud,
"Barang siapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah
menghormatiku, dan barang siapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia
telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barang siapa telah menjadi kemarahan
tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barang siapa menjadikan
kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
"Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin
itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkat dan seribu rahmat."
No comments:
Post a Comment