Sunday 26 February 2012

CINTA DAN SAHABAT


Antara cinta dan persahabatan kedua-duanya ada keistimewaan,
andai perlu dibuat pilihan,
pastiku pilih kedua-duanya,
kerana ia adalah sama erti dan bernilai dalam hidupku.
Cinta satu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya,
kerana disebalik keindahan cinta itu tersirat seribu kepahitan,
pastinya merentap kedamaian jiwa seorang pencinta yang setia,
tatkala sebuah ikatan diundang kekecewaan.
Sahabat satu ikatan yang lahir dari hati bagi berkongsi tangis,tawa,kasih sayang serta keakraban,
sahabat adalah teman bicara tentang impian dan pengertian hidup ini.
Teman yang budiman mengertilah maksudku ini,
kita bina tugu persahabatan yang dipagari besi kedewasaan tak tumbang dek rintangan,
sesungguhnya apa yang tersimpan dihati kecilku,
sejak perkenalan kita dan hanya satu pintaku agar dikau sentiasa mengingati memori kita bersama.

No comments:

Post a Comment