Sunday 26 February 2012

ISTIMEWA UNTUK YANG TERSAYANG


Kekasih,
inikah yang dikatakan fitrah insan,
kudrat ilahi penentu titik pertemuan ini,
meskipun kasih terpisah antara benua,
dikau hadir bagai bayang nyata.

Entah mengapa?
segala kesetiaan jua keyakinan telahku semadikan untukmu seorang.

Kini hanya namamu menghiasi jiwaku,
tiap baris kata-katamu menjadi penawar sangsiku,
saat ini ku tidak lagi mampu membohongi kalimah hatiku,
bahawa dikau begitu penting buatku,
kerana dikau memahami cebisan bisik perasaanku.

Walaupun jarang sangat bertemu menatap wajah ilusimu,
mengenal kebenaran isi hatiku,
namun ku terlalu menyayangimu,
ku tahu bukan mudah mengotakan kata,
lantaran dikau disana dan aku disini.

Seandainya benar tulus hatimu terhadapku,
ku relakan perasaan jua penantian yang tiada noktahnya untukmu seorang,
jangan biarkan aku menggenggam suratan yang tak pasti dan berkesudahan.

Kekasihku,
bicaramu bicaraku telah ku simpul rapi di dasar kehidupanku,
dikau selamanya dihatiku insan yang akan jadi bakal zaujku.

No comments:

Post a Comment