Sunday 26 February 2012

PENGALAMAN MANIS DI PLKN

Bismillahirrahmanirrahim..
Masa tahun 2006 dalam bulan 3, saya dapat PLKN kat kedah area jelapang kubang pasu. Bila dah biasa duk kat PLKN nie makin ramai kawan yang saya dapat tapi yang paling rapat 5, 6 orang je. Salah seorang kawan saya tu siap buat gelaran lagi, diaorang bagi gelaran kak long, kak chik , kak ngah dan kak su yang paling bongsu tu saya lah. Tiap kali bercakap mesti kena panggil dengan gelaran tu, nak tak nak kenalah panggil juga. Diaorang kata macam tak percaya saya orang kelantan sebab bila saya bercakap dengan diaorang berbahasa luar, saya gtaulah diorang nie 'takkan nak cakap bahasa kelantan. Nanti depa pula tak faham', kami sama-sama tergelak bila saya gtau macam tu. he3.
Diaorang kata suka dengar orang kelantan cakap loghat bahasa kelantan nie dan saya pula suka dengar orang kedah cakap loghat bahasa kedah, kalau pekat sangat memang agak kurang difahami. Kadang-kadang loghat bahasa kelantan yang pekat sangat pun saya kadang-kadang tak faham, nama je orang kelantan tapi tak semua saya tahu loghat bahasa kelantan kalau dah pekat sangat. Mungkin area berlainan kut, so... ada jugalah bahasa yang belum pernah saya dengar. Kerana saya orang kelantan, diaorang suruhlah ajar bahasa kelantan dan saya ajarlah yang mana diaorang tanya.

Selepas kenal lama dengan diaorang nie, diaorang suka sangat usik saya. Nak dijadikan cerita, diaorang nie selalu cubit pipi saya. Katanya geram kat saya sebabnya saya kecik, peramah, manis dan cute orangnya. Saya rasa banggalah juga bila orang puji saya macam tu tapi tak bererti saya bangga sebab perasan tau, saya bangga sebab saya dikurniakan sempurna yang diberi oleh allah s.w.t dan saya bersyukur sangat dapat kawan PLKN yang baik-baik. Tak kira bangsa apa pun saya tetap buat baik kalau orang tu berkelakuan baik, saya hormat kawan-kawan saya nie sebab bila saya minta pertolongan je diaorang mesti bantu.

Masa saya belum jejak kat PLKN lagi, saya terfikir juga. Adakah saya kena duduk seseorang 6ti, maklumlah baru first time dapat PLKN seumur hidup saya. Bila dah terbiasa, macam-macam saya main aktiviti kat PLKN. Best tau, siapa-siapa tak dapat pergi tu rugilah. Dapat jugalah saya mencari pengalaman kat PLKN tu, yang paling saya suka berkayak pahtu berkawad dan lain-lain lagilah permainan yang saya try. Pengalaman paling mencabar pada saya adalah tidur dalam hutan beramai-ramai tapi setiap orang ada kumpulan. Wira dan wirawati mesti tidur dijarak jauh, apapun cikgu pelatih kami kawal sebab tak mahu terjadi apa-apa pada pelatih-pelatihnya.

Kalau kat dalam kelas pula, macam-macam ragam diaorang nie tau. Yang saya lebih suka, bila bermain macam keanak-anakan tapi permainan macam tu untuk menguji minda kita je, kata cikgu kelas saya. he3. Bila bermain permainan yang cikgu kami suruh, mesti ada soalan yang perlu kami jawab. Tu membuatkan kami lebih suka dengan permainan ujiminda tu, bukan setakat tu je. Kena pula bentang kat depan untuk beritahu apa kepentingan dan kesimpulannya, saya tahu kenapa perlu buat permainan macam keanak-anakan kat dalam kelas tu sampai kami duduk bersila dengan buat bulatan dan kena pula buat kumpulan masing-masing supaya permainan tu dapat kami bekerjasama dan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim.

Dalam sedar tak sedar, adalah lelaki nie suka sangat usik saya. Orang panggil dia ustaz sebab dialah ketua memulakan bicara or berdoa di surau, usikkan dia taklah nakal sangat pun. Just panggil nama saya je, tiap kali jumpa mesti panggil je nama saya dan saya hanya tersenyum je bila dia usik saya macam tu. Kadang-kadang saya usik juga dengan panggil gelaran 'ustaz', dia apa lagi tersenyumlah juga. he3. Tapi kadang-kadang tu kami tak usik pun tetap juga kami senyum, katanya dia suka saya senyuman setiap hari. Nak buat macam mana, dah memang hobi saya senyum je kat orang. Tapi kan yang paling saya benci, bila saya senyum dia tak balas pun senyuman dia kat saya. Saya bukan mengharap sangat pun tapi apa salahnya jaga hati orang tu, bukan suruh senyum sampai ke telinga pun. hu3. Senyuman tu kan sedekah, betul tak?

Bila berakhirnya sesi PLKN kami, petang tu ada pertandingan kawad. Tika tu saya join juga pertandingan kawad kaki wirawati tu, minat saya berkawad nie masa saya sekolah rendah lagi tapi tika tu saya ambil persatuan PBSM. Bila dah mula pertandingan kawad kaki tu, kami buatlah yang terbaik. Selepas selesai program pertandingan yang pelbagai aktiviti tu, kami tunggu punya tunggu pengumuman untuk kawad kaki wirawati telah di umumkan, last-last kami menang dan dapat johan dalam pertandingan kawad kaki wirawati. Tika tu rasa happy sangat-sangat sebab usaha kami berkawad sebelum pertandingan, akhirnya kami berjaya juga. he3.

Tiba malam tu pula, diaorang adakan persembahan sebagai penutup tirai. Yang paling lucu sekali, saya berlakon sebagai 'emak' yang tengah menyapu di halaman rumah. Malu juga tika tu tapi saya berlakon kejap je sebab tu tak gementar sangat. Kecik-kecik saya nie korang ingat saya tak boleh buat ke, kecik-kecik cili padi tau. ha3.

Last sekali, saya balik dari PLKN dengan hati yang gembira sebab dah selesai tugas saya sebagai pelatih PLKN. 3 bulan saya duk sana tau, akhirnya saya dapat juga balik jumpa family saya puas-puas. he3. Tapi kan yang paling saya sedih sekarang, saya tak berhubung dah dengan kawan-kawan PLKN sebab numb saya kena block. Block sebab tekan numb pin banyak kali sampai hilang numb kawan-kawan PLKN saya, numb dalam buku biodata diaorang ada tapi aku tak pasti diaorang masih guna lagi ke tak numb lama diaorang tu sebab pernah juga saya try mesej tapi pending je. Kemungkinanlah diaorang tukar numb tapi tak kisahlah janji ingatan saya pada diaorang tak pernah luput. Apa pun terima kasih kerana sudi baca diruangan ini, sekian.

1 comment: